Tuesday, May 15, 2012

Gambaran BERSIH 3.0

BERGANAS LAWAN BERDAMAI

Islam mengajar umatnya agar menjaga adab tertib walau di aman mereka berada, meskipun dalam peperangan sekalipun. Tidak dibenar sama sekali bertindak ganas, melakukan kesamsengan dan mezalimi sesiapa sahaja. Apatah lagi sekiranya keganasan itu dituju kepada manusia. Amat-amatlah bertentangan dengan ajaran Islam.  

perhimpunan aman sepatutnya dibalas dengan keamanan
bukannya dibalas dengan keganasan
rakyat yang ingin menyuarakan hasrat hati
ditembak gas pemedih mata
disembur air kimia

di manakah lagi harus rakyat mengadu...
membuat aduan di Balai Polis ?
membuat aduan ke Parlimen ?
membuat aduan ke istana ?

MENYELAMI JIWA POLIS

Suasana perhimpunan membarakan semangat para peserta perhimpunan. Gerak langkah sederap, tangan dihayun membuahkan hasrat demi melihat tanah air dibersihkan dari pelmacam kekotoran. Kekotoran yang telah bersarang begitu lama dalam diri UMNO merebak ke sekeliling. Bau busuknya terkena pula kepada anggota keselamatan yang telah dipergunakan dengan selanyak-lanyaknya.

Sekali pandang, kesiannya kepada anggota keselamatan ini, terpaksa berlari-lari ke sana dan ke mari. Ada yang bermotor berbaju gelap mencari maklumat sensasi. Ada juga yang berbaju putih bertopi helmet berdiri-diri menjaga kon merah menghalang kenderaan daripada membanjiri laluan ke Dataran Merdeka.

Terima kasih dan kredit untuk abang-abang polis hasil gabungan setia dari petugas-petugas berbaju kelabu DBKL. Ini kali pertama saya mendapati petugas (berbaju biru gelap + baju putih + baju kelabu) berada dalam satu kelompok yang sama.

RUGI DIKHABARKAN, UNTUNG DISENYAPKAN

TV3 semalam ada melaporkan bahawa ramai daripada peniaga kecil mengalami kerugian lantaran kedai-kedai jualan mereka tidak dapat beroperasi dengan sebaiknya.  Kesan daripada perhimpunan yang berunsurkan keganasan inu juga turut dirasai oleh para pemandu teksi yang menunjukkan peratus penumpang yang menurun berbanding pada hari-hari yang lain.

adakah setiap sen kerugian itu perlu dilaporkan ?
adakah ianya suatu kewajipan yang perlu diheboh-hebohkan ?

memang betul
terdapat barisan kedai di sepanjang laluan itu ditutup
ditutup dan tidak beroperasi pada hari perhimpunan
hanya pada hari perhimpunan

pemilik kedai bolehlah berehat pada hari itu
dan berikan cuti kepada para pekerjanya
kerana sehari dan dua hari sebelum perhimpunan
mereka sudah untung besar

kalau tak percaya
bolehlah merisik-risik pada pemilik hotel
tuan mamak nasi kandar
abang-abang teksi
mohonkan mereka agar bercakap benar
jangan jadi stesen tv ala babgha’ ini

No comments:

Post a Comment