Antara kehebatan perhimpunan ini ianya mampu menghimpunkan puluhan ribu anak-anak muda. Kedatangan mereka bukannya dipaksa atau diasak, mereka datang membawa niat, membawa hasrat, membawa cita-cita bahawa bumi ini wajib diselamatkan kerana mereka adalah pewarisnya.
Kemungkinan nanti ramai yang akan beranggapan bahawa 'budak-budak ingusan' telah dipergunaka...n, telah diperdayakan dan telah dipergodakan, sehinggakan mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja.
Kalau itu hujjah mereka, maka jelaslah bahawa kumpulan itu tidak bijak, tidak pandai dan tidak mampu mempengaruhi anak-anak muda agar memihak kepada mereka.
Zaman sorokan karaoke, sogokan hiburan dan tarian panjat tiang telah berlalu.
Kini, anak-anak muda telah kembali waras, mereka memahami tugas dan tanggungjawab, mereka tidak rela tanah sekangkang kera milik arwah nenek moyang digasak, dicerobohi dan dinodai sesuka hati, sepuas nafsu. Anak-anak muda telah mula sedar betapa tingginya nilai tanggungjawab menjaga negara bagi menjamin keamanan, keberkatan dan keredhaan.
Jika anak-anak muda alpa dan cuai, pasti negara tergadai, maruahnya tercemar.
Mana mungkin dibiarkan negara yang makmur ini diratah sepuas-puasnya oleh gerombolon penyamun harta negara. Mereka menggunakan tektik semacam tektik penjajah. Kononya berbuat baik, menjaga hati rakyat, bertimbang rasa kepada golongan marahain, tetapi hakikatnya mereka bagaikan penjajah 'merogol' khazanah negara dan melabelkan kepada penentang mereka sebagai pemberontak.
Sejarah telah mengajar anak-anak muda. Mereka tidak mahu lagi memulakan pada titik di mana datuk nenek mereka bermula.
wahai anak muda
kamu miliki
semangat waja
dan hati kental
kamulah
harapan bangsa
pembela negara
penyelamat ummah
dari itu,
penuhkan ilmu di dada
berjuang tanpa berpada
kelak dunia ini kan jadi milikmu

No comments:
Post a Comment