dari kiri : ust mat nawi, ust fadlillah, tuan guru ust hj halim, ust sheikh salim, ust fazili dan ust zainuddin |
بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله رب العالمين. والصلاة والسلام على رسوله المصطفى صلى الله عليه وسلم المبعوث رحمة للعالمين، بشيرا ونذيرا فأعرض أكثر المنافقين، وعلى آله الكرام وأزواجه الطاهرين، ثم التابعين وتابع التابعين، وعلى شيوخنا العظام لهم بإحسان إلى يوم البعث مجمعنا والأولين.
أما بعد،
فيا عباد الرحمن، اتقوا الله وأطيعوه لعلكم تفلحون. فقال تعالى :"ياأيها الذين آمنوا اتقوا الله حق تقاته، ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون".
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah semua kita dan ajaklah rakan-rakan kita agar memberikan keutamaan kepada meningkatkan ketaqwaan diri kepada Allah swt. Dan janganlah hendaknya kita sekali-kali menghembuskan nafas terakhir kita tanpa ada sedetikpun iman dan taqwa dalam diri.
Nabi saw sering mengingatkan kita agar menjadikan taqwa bilah kehidupan bersenjatakan ia walau di mana kita berada. Lantaran ia merupakan nilai tambah dalam kehidupan setiap insan yang bergelar mukmin.
Nabi saw juga pernah mengingatkan para sahabat agar hanya bergantung kepada Allah swt, bukan lainnya. Tegas nabi saw, seandainya seluruh alam bersepakat untuk menghancurkan kami, pasti ianya tidak akan berlaku, ataupun juga jika seluruh alam bergandingan untuk memberi manfaat kepada kamu, pasti ianya juga tidak akan berlaku, tanpa keizinan dan kebenaran dari kehendak Allah swt.
Situasi seumpama ini menjanjikan kepada kekuatan diri yang hebat. Kita tidak akan menoleh ke kiri maupun ke kanan, lantaran kiri dan kanan kita tidak mampu membantu kita kecuali dengan hanya kehendak dari Allah swt. Alangkan indahnya iman yang bersalutkan taqwa tersemi dalam sanubari diri kita.
Namun, hal demikian hanya dapat dikecapi oleh mereka yang tahu jatuh bangun nilai taqwa tersebut.
Adapun bagi orang yang jahil, ianya tidak memberi apa-apa kilauan emas kepada mereka. Bahkan, kita sering dingatkan agar lebih berhati-hati apabila berinteraksi dengan kelompok jahil ini, mereka bagaikan anjing lapar yang akan mengigit sesiapa sahaja, juga tuannya dek kelaparan yang menyakitkan.
Dalam dunia perubatan Islam pula, bolehlah saya ibaratkan seekor jin yang telah tertekan dek ayat-ayat Allah yang dibacakan kepadanya yang menjadikan jin tersebut berdendam mati-matian sehingga ke tarikan nafas yang terakhir.
Jin yang sering menganggu manusia tidak akan menyerah kalah, bahkan akan terus bangkit lawan dan melawan sehinggakan tidak mengenal erti tewas dan kecundang. Mereka akan berusaha sekuat hati sepenuh tenaga demi melihat kehidupan manusia porak peranda, dan akhirnya nanti mereka akan ketawakan kita kerana telah terperangkan dengan tipu helah yang mereka plankan.
Dari itu, al-Quran memesankan kita agar bertindak selamat, selamatkan diri kita dan juga selamatkan orang jahil yang berada di ambang cerun yang dalam itu dari terjatuh. ( وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما ) maksud firman Allah swt ini, apabila orang-orang jahil bercakap, berbual, bercerita, bersembang, bersms, beremail, berfb dan sebagainya dengan kamu, maka carilah jalan selamat, iaitu menyelamatkan iman kita dan juga menyelamatkan si jahil tadi daripada terus terjunam ke dalam gaung mala petaka.
Si syaitan akan sentiasa menanti peluang untuk meniupkan bara kemarahan, api kehasadan dan debu prasangkan, agar kelak kita turut menyumbang rasa dan hati untuk berkongsi yang secara tidak langsung kita telah menjadi agen-agen mereka.
Meskipun mereka telah diikat dan ditawan dek kemulian bulan Ramadhan, namun agen-agen tersebut akan terus bergerak bebas menabur janji-janji syaitan yang sedap di mata dan seronok di telinga.
Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian agar sentiasa menjaga iman, antaranya :
1) Amalkan bacaan al-Fatihah 1000 kali lalu berdoa mohon Allah swt tetapkan hati kita di atas jalan kebenaran. Mohon pertolongan Allah swt agar diberi kekuatan yang kita tiada daya dan upaya untuk melawannya. Mohon juga agar kita diberi kerahmatan dan keberkatan hidup di dunia dan di hari pembalasan kelak.
2) Amalkan solat sunat 4 rakaat, rakaat pertama dibaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas 10 kali, pada rakaat kedua dibaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas 20 kali, manakala pada rakaat ketiga dibaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas 30 kali dan rakaat keempat dibaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas 40 kali. Setelah selesai solat, teruskan membaca surah al-Ikhlas 70 kali, kemudian disusuli dengan doa agar Allah swt sentiasa memberi pertolongan kepada kita. Ini adalah amalan yang telah diamalkan Ibn Abbas ra.
Baca wirid dan doa berikut :
يا الله يا عزيز يا جبار (10 مرات)
يا الله عزيز يا مالك يا جبار (10 مرات)
يا الله يا واحد يا أحد يا جبار (10 مرات)
اللهم سخر لي جميع هؤلاء كما سخرت البحر لسيدنا موسى عايه السلام،
اللهم لين قلوبهم كما لينت الحديد لداود عليه السلام
يا مقلب القلوب (3 مرات) ثبت قلبي على دينك وطاعتك
يا علام الغيوب (10 مرات)
اللهم أطفأت غضبهم بلا إله إلا الله، واستجلبت محبتهم بسيدنا ومولانا محمد صلى الله عليه وسلم.
ثم اقرأ قوله تعالى : "فلما رأينه أكبرنه وقطعن أيديهن وقلن حاش لله ما هذا بشرا إن هذا إلا ملك كريم".
3) Untuk membalas balik kejahatan yang secara sengaja dikenakan kepada kita, meskipun pada hakikatnya kita diberi pilihan untuk bersabar atas ujian tersebut, maka bolehlah kita beramal dengan sural al-Fil sebanyak 360 kali, dan diikuti dengan surah al-Lahab sebanyak 180 kali.
4) Boleh juga amalan membaca :
1- باسم الله الرحمن الرحيم 6666 كالي دالم 6 هاري
2- صلوات 1000 كالي
3- لا أله إلا الله محمد رسول الله 1000 كالي
4- لا أله إلا أنت سبحانك 4- لا أله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Tuan-tuan bolehlah amalkan. Saya secara peribadi telah beramal dengannya dan telah melalui kehebatan yang dijanjikan. Inilah kehebatan al-Quran yang banyak memberi kelebihan kepada pengamalnya.
Berbeza dengan pengamal ilmu hitam. Ilmu hitam bermakna seseorang yang berinteraksi secara langsung dengan jin yang meletakkan jin sebagai sembahan dan hamba kepada hantu syaitan. Ia merupakan amalan khurafat yang membawa kepada kesyirikan kepada Allah swt. Mohonlah kita berlindung dengan Allah swt dari terlibat dengan amalan khurafat tersebut.
Saya bertegas di sini jika ada pengata yang mengatakan saya beramal dengan ilmu hitam, ingin saya tegaskan bahawa saya dan guru saya, ust Ku Othman bin Ku Ali (baharu sekejap tadi saya berhubung dengan beliau di Sabah) dan Ust Hj Halim yang baharu sekejap tadi saya bersama rakan-rakan menziarahinya di Peringat serta guru kepada guru-guru saya, Sheikh Khalid kini menginap di TTDI, bahawa kami tidak sekali-kali beramal dengan ilmu hitam.
Amalan kami berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis serta doa-doa yang warid dari kalangan para sahabat dan auliya’.
Seawal 1995 saya telah terlibat dalam perubatan ini. Selama 7 tahun saya di bawah seliaan ust Ku untuk mempelajari selok-belok tentang amalan ilmu perubatan ini. Bermula dari penyakit biasa dalam bentuk fizikal, kepada penyakit gangguan dan berakhir dengan penyakit kronik, termasuklah barah dan sebagainya.
Usah menuduh tanpa mendatangkan bukti yang nyata. Kerana pertuduhan itu akan memulangkan balik kata-kata tersebut kepada tuannya.
Dengan pertuduhan seumpama itu akan membawa siri pertuduhan demi pertuduhan yang akhirnya si penuduh akan menjadi hamba jin dan iblis. Baginya, sesuatu pertuduhan itu adalah amalan harian dan kebiasaannya, tanpa memperdulikan ungkapan yang digunakan.
Seseorang yang menuduh seorang mukmin melakukan amalan terkutuk, seperti rogol umpamanya tanpa mendatangkan empat orang saksi, maka pertuduhan itu kembali balik kecelakaan itu kepada dirinya, dan perlu disebat sebanyak 80 kali sebatan.
Allah swt bertegas, “Sesiapa yang menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman, lalu tidak pula mahu bertaubat, bagi mereka azab neraka jahanam dan api yang menjulang-julang”.
Bagi orang yang tiada iman dalam diri, ungkapan dan pertuduhan seumpama ini semacam mengecap gula-gula, bila penat diludahnya. Begitu sahaja.
Orang semacam ini mampu melakukan apa sahaja demi kepuasan nafsu ammarahnya. Sanggup menulis, menghebah dan menyampai-nyampaikan seolah berada dalam siri putaran roda impian.
Bagi pembaca pula, hendaklah sangat berhati-hati kerana semasa membaca berita seumpama ini, syaitan sudah bertenggek di tepian telinga membisik-bisikkan agar mempercayainya. Atau setidak-tidaknya menaruhkan prasangka buruk, sedarlah bahawa sebahagian prasangka itu adalah buruk dan dosa.
Ingatlah, siapa yang menutup keaiban saudaranya, pasti Allah swt akan menutup keaibannya di akhirat kelak.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ruang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari saya ust Mat Nawi sekeluarga.
No comments:
Post a Comment