Thursday, August 2, 2012

SEHARI SEHADIS (Hadis ke-12)

LARANGAN BERBUAT DUSTA


12-وَعَنْ أبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "مَنْ لَـمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ وَالـجَهْلَ، فَلَيْسَ للهِ حَاجَةٌ فِي أنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ".
رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَأبُو دَاوُدَ، وَاللَّفْظُ لَهُ.

Bermaksud : “Sesiapa yang tidak mahu meninggalkan kata-kata dan perbuatan dusta serta perbuatan bodoh, maka Allah tidak mengharapkan beliau bersusah payah meninggalkan makan dan minum”.

Hadis ini menunjukkan secara jelas bahawa kata-kata dan perbuatan dusta serta perbuatan bodoh (seumpama menyumpah-nyumpah, sial, bebal dsb) adalah diharamkan bagi seseorang yang sedang menjalani ibadah puasa.

Perbuatan seumpama ini adalah juga diharamkan ke atas mereka yang tidak berpuasa. Namun, ianya lebih-lebih lagi perlu dihindari terutamanya bagi mereka yang berpuasa, bagaikan larang berat bagi seorang tua daripada berzina.

Ungkapan ( فليس لله حاجة ) menjelaskan betapa besarnya kesalahan yang dilakukannya.  Juga bermaksud bandingan pahala yang diperolehi tidak mampu menandingi dosa yang dilakukan. Ada pula yang mengatakan sebagai kiasan puasanya tidak diterima Allah swt.

Dari itu, sama-samalah kita beringat dan mengawal kemarahan diri agar sentiasa berada dalam naungan kerahman Ilahi.


No comments:

Post a Comment