Monday, March 12, 2012

Berimam Berpekerti !


IPOH- Menteri di JPM, DS Jamil Khir Baharom menasihati para imam agar dapat mempamerkan budi pekerti dalam apa jua keadaan termasuk ketika ditimpa musibah. Beliau mengulas kes seorang bekas imam, Hoslan Hussin, 46, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan kerana MEMBALING SEPASANG SELIPAR ke arah panel hakim. Perbuatan itu disifatkan sebagi angkuh, biadab, riak dan gan...as. (sinar,Mac 12, 2012)

Kalaulah Jamil Khir
berada pada tempat Hoslan
apakah yang diandaikan terjadi ?

bersifat tawaadhuk
mengalirkan air mata
menyerah segalanya kepada Ilahi

bertahajjud
berqiamulullai
bersolat malam

mengajak ahli jemaah
bertahlil dan berkenduri
berdoa tolak bala

Jamil Khir mampu untuk berbuat demikain kerana dia ada kekuatan. Hal yang berbeza pula bagi imam Hoslan, dirinya kerdil, lemah dan foyo untuk mendepani seterunya, tanpa senjata dan tenaga perkasa, yang ada pada dirinya sekadar selipar alas kaki, lalu dicapai selipar tersebut, dengan keazaman dan jati diri, dihayunnya selipar itu ke sasaran..alhamdulillah, dia berjaya.

Dia berjaya memberitahu kita, menggunakan body language yang amat berkesan, bahawa inilah hukuman dunia, jarang sangat orang sekerdilya akan mendapat pembelaan. Pembelaan hanya milik orang yang berdarjat dan berpangkat. Syabas diucapkan.

No comments:

Post a Comment