Thursday, March 22, 2012

Membenarkan Kepalsuan


Mencari kebenaran adalah sifat mulia yang dituntut ke atas sesiapa sahaja, sama ada ianya lelaki maupun perempuan, kanak-kanak-kanak jua orang dewasa. Seorang yang mencari kebenaran akan sentiasa mendapat bimbingan dan panduan dari Ilahi. Bimbingan menuju kebenaran inilah yang akan menyingkap hajib dan mempermudahkan langkah demi langkah.

Namun begitu, terdapat juga segeli
ntir, bahkan segerombolan yang suka untuk mengelak dalam menuruti kebenaran. Mereka menjadikan elakan itu satu benteng bagi memisahkan orang lain dari mengetahui hal yang sebenar. Tindakan yang bertandukkan kehaiwanan ini terkadang merimaskan kita, bahkan memual serta meloyakan tekak. Apa tidaknya, kebenaran itu terpapar dan terdedah di depan mata, namun mereka masih lagi mengatakan tidak. Hairan dan sungguh tidak sopan berbuat demikain.

Hal ini dapat dicontohkan begini, seorang pekebun sedang mengorek lubang untuk menanam benih pisang. Dalam situasi itu, tiba-tiba muncul seorang yang lain bersapa, hai berkebun ke?, maka lantas dia menjawab secara spontan, ohhh...tidak, gali-gali lubang je..., susah sangat kah untuk mengucapkan hal sebenar?!
Ini samalah cerita yang dikisahkan orang tentang kambing dan burung di atas pokok. Kalau dah mindanya menetapkan bahawa di atas pokok itu kambing, bukannya burung, maka sampai berkelahi, bergaduh dan sanggup bertumbuk atas pendiriannya bahawa itu tetap kambing. Kalau terbangpun, terbanglah, namun ianya tetap kambing.

Ahmad Maslan kata Kadir Sheikh Fadzir silap
keluar parti ketika BN mendapat sokongan kuat
kajian rambang kata sokongan rakyat bertambah kepada BN

Majlis jamuan bersama TPM di Taman Maju
BH melaporkan 10,000 penduduk hadir
orang kampung kata 4,000

jumlah pengikut PM di laman sosial Twitter dan Facebook
mencecah hampir 500 ribu dan sejuta malam tadi
ramai tu...

mengapa kita lebih suka mengelak untuk bertindak benar ?
apakah bertindak benar itu menjejaskan kredibiliti kita ?
sedarkah kita kebenaran tetap akan mengatasi kepalsuan ?
kemanakah akan kita sembunyikan kebenaran itu ?

amaran Ilahi kepada gerombolan ahli kitab
agar tidak menyembunyikan kebenaran
janganlah pula أول كافر به

kerana para pendeta Yahudi
mereka adalah premier resources
merekalah orang yang pertama mengetahui kebenaran
mereka jugalah orang yang pertama memalsukannya
oleh itu
yang manakah lebih mudah
membenarkan kepalsuan atau
memalsukan kebenaran

ataupun
meramaikan orang berhimpun
atau menghimpunkan orang ramai

inilah
suatu ingatan
untuk kita semua
sebelum kita semua
sudah tidak ingat lagi...

No comments:

Post a Comment