Bagi seorang perawat yang berjaya, maka sudah menjadi keperluan dan suatu kemestian baginya untuk beramal dengan surah-surah munjiat ini.
Surah-surah tersebut ialah :
1) Surah al-Fatihah
2) Surah Yaasin
3) Surah al-Dukhan
4) Surah al-Waqi’ah
5) Surah al-Hasyr
6) Surah al-Mulk
7) Surah al-Jin
8) Surah al-Insaan
9) Surah al-Ikhlas
10)Surah al-Falaq
11) Surah al-Nas
Surah-surah tadi merupakan asas utama dalam setiap sesi rawatan. Di samping itu, adalah elok jika dapat menguasai surah-surah yang lain, seperti :
12) Surah al-Baqarah
13) Surah al-Kahfi
14) Surah al-Sajadah
15) Surah al-Rahman
Termasuk beberapa surah dari juzu’ Amma (al-Fajr, al-Balad, al-Dhuha…)
Kaedah Amalan :
1) Surah-surah tersebut hendaklah dibaca, diamal dan dihafal.
2) Lakukan solat malam dengan membaca surah-surah tersebut agar sebati dalam diri perawat. Jika dilakukan secara berjemaah, itu lagi dituntut.
Perhatian : Diingatkan kepada setiap perawat hendaklah sentiasa membaca al-Quran keseluruhannya, janganlah hanya difokuskan kepada surah-surah tersebut sahaja pada waktu-waktu yang lain.
Insya Allah, mujarab.
No comments:
Post a Comment