Friday, June 13, 2014

KELEBIHAN Bulan Rejab

Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, tiada disebut dalam hadis tentang kelebihan bulan Rejab, kecuali Hadis Hasan.
أن النبي (ص) كان يصوم أكثر ما يصوم في شعبان، فلما سئل عن ذلك قال : "إنه شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان".
Maksudnya : Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa pada bulan Sya’ban. Apabila ditanya kepada Baginda saw tentang hal tersebut, Nabi saw bersabda : “Sesungguhnya bulan itu adalah bulan yang sering dilupai ramai, antara Rejab dan Ramadhan”.
Manakala di dalam al-Quran pula disebut bulan Rejab ini ialah salah satu daripada bulan-bulan haram (Rejab, Zulke’dah, Zulhijjah, Muharram).
قال تعالى :"منها أربعة حرم" (التوبة : 36)
Adapun hadis yang sering dibaca adalah hadis dhaif. (Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku, dan Ramadhan bulan umatku)
)رجب شهر الله، وشعبان شهري، ورمضان شهر أمتي(
Bahkan ada sesetengah ulama mengkategorikan sebagai hadis maudhu’ ataupun hadis palsu.
Antara tanda hadis palsu ialah membawa makna yang melampau dalam sesuatu hal dan tidak pula diterima aqal. Seperti menjanjikan pahala yang terlampau besar dek amalan yang sedikit. Contohnya (Sesuap ke mulut orang yang lapar adalah lebih baik daripada membina seribu masjid) :
 (لقمة في بطن جائع خير من بناء ألف جامع)
Ini adalah hadis munkir dan terlalu dhaif. Bahkan ada sesetengah ulama mengkategorikan sebagai hadis maudhu’ atau hadis palsu.
Kembali kepada kelebihan beramal di bulan Rejab, seumpama berdoa dengan doa di bawah ini sebaik sahaja tibanya bulan Rejab :
جاء في مسند الإمام أحمد 1/259
(حدثنا عبدالله، حدثنا عبيدالله بن عمر، عن زائدة بن أبي الرقاد، عن زياد النميري، عن أنس بن مالك قال : كان النبي (ص) إذا دخل رجب قال : اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبارك لنا في رمضان). (إسناده ضعيف)
Berdasarkan hadis ini, Nabi saw berdoa  agar dilimpah keberkatan pada bulan-bulan tersebut menunjukkan bulan tersebut ada kelebihannya. Cuma dilabelkan hadis ini lemah dari segi sanadnya.
Antara Hadis-Hadis Dhaif lain ialah :
(صوم أول يوم من رجب كفارة ثلاث سنين، والثاني كفارة سنتين، ثم كل يوم شهرا)
Maksudnya : Berpuasa pada hari pertama di bulan Rejab adalah kaffarah selama tiga tahun. Manakala berpuasa pada hari kedua pula seumpama kaffarah dua tahun. Adapun berpuasa pada setiap hari berikutnya adalah kaffarah selama sebulan.
 (من صلى بعد المغرب أول ليلة من رجب عشرين ركعة جاز على الصراط بلا نجاسة)
Maksudnya : Sesiapa yang mendirikan solat sunat sebanyak 20 rakaat selepas solat Maghrib pada hari pertama di bulan Rejab maka beliau akan melintasi Titian Sirat tanpa sebarang kekotoran pada badannya.
Oleh itu, berhati-hatilah kita dalam mengerkan isesuatu ibadah. Semoga setiap inci ibadah yang kita lakukan itu memperoleh keredhaan-Nya jua.

No comments:

Post a Comment