Thursday, December 13, 2012

RAWATAN NABAWI (Siri I)

======================Diskusi Buku===================

Buku karangan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (691-751H) yang berjudul “al-Tibb al-Nabawi”  ini telah diperakukan oleh panel semakan yang terdiri daripada Abdul Ghani Abdul Khaiq, seorang pensyarah Usul Fiqh di Universiti al-Azhar. Manakala hadis yang terkandung di dalamnya pula telah dinilai oleh Mahmud Farjil Uqdah, salah seorang ulama Azhar. Dari sudut perubatan pula telah dilakukan semakan oleh Dr. Adil Azhari yang merupakan Ketua Jabatan Sakit Dalaman, Hospital Diraja Mesir.

Dalam muqaddimahnya, penulis telah telah membicarakan tentang beberapa perkara yang amat berfaedah dalam perubatan nabawi, dan ianya adalah sukar untuk diamalkan oleh para pengamal perubatan kini.

Penyakit
Beliau menerangkan bahawa terdapat dua jenis penyakit :
1) Penyakit yang berkaitan dengan hati; dan
2) Penyakit yang berkaitan dengan tubuh badan manusia.
Kedua-dua jenis penyakit ini telah dihuraikan dalam al-Quran. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah (2:10) yang menyentuh tentang penyakit waswas yang bersarang di hati.

Îû NÎgÎqè=è% ÖÚz£D ãNèdyŠ#tsù ª!$# $ZÊttB ( óOßgs9ur ë>#xtã 7OŠÏ9r& $yJÎ (#qçR%x. tbqçÉõ3tƒ ÇÊÉÈ
Bermaksud : “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta”.

Seterusnya penulis mendatangkan beberapa contoh lain yang berkaitan dengan penyakit hati seperti penyakit berlengah-lengahnya para munafiq dalam melaksanakan hukum-hukum yang diarahkan Allah dalam surah al-Nuur (24 : 48-50). Ingatan Allah swt juga terhadap nafsu syahwat seperti mana yang dinyatakan Allah dalam surah al-Ahzab (33 : 32).

Manakala penyakit badan pula dijelaskan Allah swt menerusi surah al-Nuur (24 : 61) :
}§øŠ©9 n?tã 4yJôãF{$# Óltym Ÿwur n?tã ÆltôãF{$# Óltym Ÿwur n?tã Çك̍yJø9$# ... ÇÏÊÈ
Bermaksud : Tidak ada halangan bagi orang buta, tidak (pula) bagi orang pincang, tidak (pula) bagi orang sakit, ...”.

Demikianlah Allah swt menyebut penyakit badan atau anggota badan yang berlaku semasa mengerjakan haji, puasa dan wudhu’ dengan penuh rahsia keindahan bahasa yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan bahasa al-Quran dan mengelak salah faham terhadap penafsirannya.

Ini adalah kerana tatacara rawatan badan terbahagi kepada tiga bahagian :
1) Menjaga kesihatan,
2) mencegah daripada segala kekotoran, dan
3) menjauhkan diri daripada segala yang merosakkan.
Tatacara rawatan badan di atas tadi jelas disebutkan Allah swt di dalam al-Quran pada tiga tempat yang berasingan; iaitu pada ayat puasa, seperti mana firman-Nya dalam surah al-Baqarah (2 : 184) :

$YB$­ƒr& ;NºyŠrß÷è¨B 4 `yJsù šc%x. Nä3ZÏB $³ÒƒÍ£D ÷rr& 4n?tã 9xÿy ×o£Ïèsù ô`ÏiB BQ$­ƒr& tyzé& 4 ... ÇÊÑÍÈ
Bermaksud : (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa dari kalangan kamu yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. ...”.

Dalam ayat di atas, Allah swt telah mengharuskan berbuka puasa bagi orang yang sakit kerana kesakitannya, dan bagi orang musafir untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan kekuatan diri. Ini dimaklumi bahawa semasa berpuasa, tenaga kita akan menjadi lemah dan kekuatan diri akan berkurangan. Oleh itu, demi menjaga hal tersebut, maka Allah swt mengharuskan kita berbuka.

Firman Allah swt pula dalam hal haji yang juga dalam surah al-Baqarah (2 : 196) :
... 4 `uKsù tb%x. Nä3ZÏB $³ÒƒÍ£D ÷rr& ÿ¾ÏmÎ ]Œr& `ÏiB ¾ÏmÅù&§ ×ptƒôÏÿsù `ÏiB BQ$uŠÏ¹ ÷rr& >ps%y|¹ ÷rr& 77Ý¡èS 4 ... ÇÊÒÏÈ
Bermaksud : “…jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), Maka wajiblah atasnya berfid-yah, yaitu: berpuasa atau bersedekah atau berkorban...”.

Di sini, sekali lagi Allah swt mengharuskan bagi orang sakit di kepalanya, seperti gatal-gatal dan kutu atau sebagainya, untuk bercukur rambutnya semasa ihram, bagi menghilangkan pelbagai kekotoran yang bersarang di bawah rambutnya itu. Kekotoran itu dapat dihilangkan dengan cara bercukur.

Kaedah ini dikaitan dengan pelbagai jenis penyakit lain yang terjadi akibat daripada tertahan atau terbendung. Penulis membariskan sepuluh perkara yang merosakkan badan apabila di tahan, iaitu :

1) Darah apabila meningkat,
2) mani apabila terkumpul,
3) air kencing,
4) air besar,
5) angin,
6) muntah,
7) bersin,
8) tidur,
9) lapar, dan
10) dahaga.

Setiap satu daripada penyakit tadi, apabila ditahan akan bertukar menjadi penyakit. Maka itu, Allah swt mengisyaratkan agar mengurangkan tekanan yang paling rendah, iaitu kekotoran yang bersarang di kepala, kepada tekanan yang lebih tinggi.
 (Tulisan lanjut boleh diperolehi dalam majalah INILAH ISLAM keluaran Februari 2013)

No comments:

Post a Comment