Monday, May 7, 2012

Jawapan Sudah Ada, Tunggu Jalan Cerita


Semasa saya di Sabah dahulu, saya bersama rakan-rakan pernah minum-minum di kedai mamak. Sebaik sahaja selesai minum, guru saya ust KU meminta pekerja restoran tersebut mengira kos yang kami makan dan minum.

Saya masih ingat lagi, harganya RM28.50. Apa yang menghairankan saya, pekerja ini, yang bercakap Melayu gaya mamak, bukan mengira jumlah tetapi me
nulis jumlah tersebut setelah dibuat satu garisan melintang atas kotak rokok yang sudah siap dipotong.

Setelah jumlah ditulis, baharulah pekerja tadi bertanyakan apa yang telah kami makan. Hairan sungguh. Bagaimanakah dia tahu jumlah tersebut sedangkan perincian makanan masih belum diketahui.

Apabila diminta kepastian tentang jumlahnya itui, mohon beliau membuat pengiraan sekali lagi. Nah, ternyata silap, tetapi meningkat kepada RM32.00. Lantas katanya, ini makanan sudah kira itu harga, apa mahu tanya lagi harga..?

Cerita ini agak kelakar, tetapi mempunyai maksud yang amat-amat mendalam.

Saya membuat andaian sebegitu kerana sudah banyak jalan cerita dan skrip yang telah dirancangkan berlaku. Samalah dengan apa yang berlaku di Dataran Merdeka semalam. Skrip bahawa perhimpunan itu ganas dan membawa kepada huru-hara, jelas berakhir dengan huru-hara rentetan daripada provokasi yang melampau.

Dari itu, penerbit dan pengarah kepada sketsa semalam perlu bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Kenapa pula bertandang ke Sarawak dan yang satu lagi ke Sabah di kala rakyat ingin menyuarakan keadilan dan ketelusan ? Seeloknya turut sama ke Dataran Merdeka dan berdailog secara dua hala ? Bercakap sehala, semua orang boleh cakap hatta anak-anak ingusan pun selalu bercaka sorang2.

Wahai Anak Muda, Duniakan Jadi Milikmu


Antara kehebatan perhimpunan ini ianya mampu menghimpunkan puluhan ribu anak-anak muda. Kedatangan mereka bukannya dipaksa atau diasak, mereka datang membawa niat, membawa hasrat, membawa cita-cita bahawa bumi ini wajib diselamatkan kerana mereka adalah pewarisnya.

Kemungkinan nanti ramai yang akan beranggapan bahawa 'budak-budak ingusan' telah dipergunaka...
n, telah diperdayakan dan telah dipergodakan, sehinggakan mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja.

Kalau itu hujjah mereka, maka jelaslah bahawa kumpulan itu tidak bijak, tidak pandai dan tidak mampu mempengaruhi anak-anak muda agar memihak kepada mereka.

Zaman sorokan karaoke, sogokan hiburan dan tarian panjat tiang telah berlalu.

Kini, anak-anak muda telah kembali waras, mereka memahami tugas dan tanggungjawab, mereka tidak rela tanah sekangkang kera milik arwah nenek moyang digasak, dicerobohi dan dinodai sesuka hati, sepuas nafsu. Anak-anak muda telah mula sedar betapa tingginya nilai tanggungjawab menjaga negara bagi menjamin keamanan, keberkatan dan keredhaan.

Jika anak-anak muda alpa dan cuai, pasti negara tergadai, maruahnya tercemar.

Mana mungkin dibiarkan negara yang makmur ini diratah sepuas-puasnya oleh gerombolon penyamun harta negara. Mereka menggunakan tektik semacam tektik penjajah. Kononya berbuat baik, menjaga hati rakyat, bertimbang rasa kepada golongan marahain, tetapi hakikatnya mereka bagaikan penjajah 'merogol' khazanah negara dan melabelkan kepada penentang mereka sebagai pemberontak.

Sejarah telah mengajar anak-anak muda. Mereka tidak mahu lagi memulakan pada titik di mana datuk nenek mereka bermula.

wahai anak muda
kamu miliki
semangat waja
dan hati kental

kamulah
harapan bangsa
pembela negara
penyelamat ummah

dari itu,
penuhkan ilmu di dada
berjuang tanpa berpada
kelak dunia ini kan jadi milikmu

Menyelami Jiwa Polis


Suasana perhimpunan membarakan semangat para peserta perhimpunan. Gerak langkah sederap, tangan dihayun membuahkan hasrat demi melihat tanah air dibersihkan dari pelmacam kekotoran. Kekotoran yang telah bersarang begitu lama dalam diri UMNO merebak ke sekeliling. Bau busuknya terkena pula kepada anggota keselamatan yang telah dipergunakan dengan selanyak-lanyaknya.

Sekali pa...
ndang, kesiannya kepada anggota keselamatan ini, terpaksa berlari-lari ke sana dan ke mari. Ada yang bermotor berbaju gelap mencari maklumat sensasi. Ada juga yang berbaju putih bertopi helmet berdiri-diri menjaga kon merah menghalang kenderaan daripada membanjiri laluan ke Dataran Merdeka.

Terima kasih dan kredit untuk abang-abang polis hasil gabungan setia dari petugas-petugas berbaju kelabu DBKL. Ini kali pertama saya mendapati petugas (berbaju biru gelap + baju putih + baju kelabu) berada dalam satu kelompok yang sama.

Thursday, May 3, 2012

Rugi Dikhabarkan, Untung Didiamkan

TV3 semalam ada melaporkan bahawa ramai daripada peniaga kecil mengalami kerugian lantaran kedai-kedai jualan mereka tidak dapat beroperasi dengan sebaiknya.  Kesan daripada perhimpunan yang berunsurkan keganasan inu juga turut dirasai oleh para pemandu teksi yang menunjukkan peratus penumpang yang menurun berbanding pada hari-hari yang lain.
adakah setiap sen kerugian itu perlu dilaporkan ?
adakah ianya suatu kewajipan yang perlu diheboh-hebohkan ?

memang betul
terdapat barisan kedai di sepanjang laluan itu ditutup
ditutup dan tidak beroperasi pada hari perhimpunan
hanya pada hari perhimpunan

pemilik kedai bolehlah berehat pada hari itu
dan berikan cuti kepada para pekerjanya
kerana sehari dan dua hari sebelum perhimpunan
mereka sudah untung besar

kalau tak percaya
bolehlah merisik-risik pada pemilik hotel
tuan mamak nasi kandar
abang-abang teksi
mohonkan mereka agar bercakap benar
jangan jadi stesen tv ala babgha’ ini

Wednesday, May 2, 2012

Situasi BERSIH 3.0

PERHIMPUNAN AMAN

untuk mengeratkan persaudaraan demi tanah air tercinta
tiada sedikitpun kekecohan atau porak peranda
yang hadir semuanya tenang dan dalam keadaan aman

LEKA BERDAM

bukti keamanan dan ketenteraman
ada sekelompok insan yang leka dan asyik
bersama rakan-rakan mereka bermain dam
di persisiran jalan semasa perhimpunan BERSIH 3.0

SAMBIL BERBORAK-BORAK

ada juga insan
sempat berborak-borak
demi menunjukkan tahap keselamatan
tanpa ada hura-hara yang dicetuskan oleh
para peserta perhimpunan aman ini.


KENAPA IA DIHALANG ?

perhimpunan itu dilakukan secara aman
perhimpunan itu tidak mencetuskan huru-hara
perhimpunan itu demi tanah air tercinta
perhimpunan itu melibatkan semua kaum
saling bepegang erat dan bersatu hati

tidak perlu PM nak bekalkan air minuman
tidak perlulah PM nak sponsor makanan
seperti yang diungkapkan di Sarawak hari ini
tidak perlulah lakukan apa yang tidak diperlukan

Tuesday, May 1, 2012

Senario BERSIH 3.0

TANGAN MENGHULUR KAKI MENYEPAK

Sesiapa yang memasuki Dataran Merdeka hari ini akan ditahan.
"Mereka yang berdegil dan tidak mengikut perintah akan ditangkap dan didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 6 bulan dan denda RM2,000 atau kedua-duanya". (Ketua Polis KL, Datuk Mohmad Salleh)
inilah wajah demokrasi umno
demokrasi yang menghalalkan apa sahaja yang mereka mahu
demokrasi yang menghalang apa sahaja yang mereka tak mahu
demokrasi yang menyimpang jauh dari ruh demokrasi yang sebenar

apa pemimpin umno peduli
bagi mereka KUASA dan KEEGOAAN adalah segalanya
berwajah baik di muka rakyat, namun menyepak dari belakang
PERTIMBANGAN YANG TEMPANG

Kementerian Pelajaran tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap guru dan guru pelatih terlibat perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka HAri ini. (Tim. Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi)

membuat pertimbangan penting untuk hidup
orang yang suka membuat pertimbangan
adalah mereka yang waras aqal budinya

guru adalah golongan yang mewaraskan minda pelajar
hanya bilangan yang kecil kesilapan guru membuat pertimbangan
salahkah guru selaku rakyat untuk meluahkan hasrat hati
yang terpendam dan dibenam oleh kuku-kuku penguasa ?

ooh..tak salah, cuma ikutlah saluran yang betul
habag mai, apakah cara yang betul kat malaysia ni ...
cara yang tidak menguris hati sanubari pemimpin
cara yang lunak dan sedap didengar
cara yang mengalunkan gelombang irama yang yang mengasyikkan...

adakah ini yang dikatakan berhikmah ?
maka, nabi saw menganjurkan jihad
mengajakkan kepada perjuanngan itu tiada hikmah ??!

PERJUANGAN ITU BERJUANG

Mungkin ada yang masih tidak memahami makna perjuangan. Perjuangan ialah berjuang untuk mencapai sesuatu hasrat yang diinginkan. Perjuangan bukannya untuk mengejar hasrat yang dialternatifkan. Tok Janggut dipanggil pejuang kerana dia berjuang demi kebebasan tanah air dari dijajah yang mengakhiri hayatnya di tali gantung.

Perjuangan menuntut keberanian. Keberanian bermakna menafikan ketakutan dan kedayusan. Bermakna juga mereka tidak akan akur dan iakan apa yang merentang di hadapan mereka. Bermakna mereka sanggup merempuh, ibarat kata, membujur lalu melintang patah. Itulah ruh perjuangan yang sebenar.

Dari itu, sekatan, ugutan, ancaman dan gertakan tiada sedikitpun mengugat di hati para pejuang.

Selamat berjuang semoga berjaya dengan izin Allah.


Datuk Bandar Bertaring Tumpul


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad mengeluarkan arahan untuk menutup selama 48 jam Dataran Merdeka berkuatkuasa jam 6 pagi esok mengikut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini. (mkini, Apr 26)

janganlah marah-marah
nanti kurang waras

janganlah ugut-ugut
nanti ramai merungut

wahai datuk bandar
janganlah terlalu over sangat
nanti mana tau kerajaan bertukar
di mana tuan nak cari kerja pula

wahai datuk bandar
anggota keselamatan cool je
kenapa pulak pihak dbkl mengelabah
meraban dan meraba tak tentu pasal

adakah ini tandanya
riwayat umno bernoktah di sini ?

membetulkan tanggapan salah seorang sahabat saya
katanya, telur itik nak, tapi ibunya dikejar keliling kampung

saya ingin menjelaskan bahawa
kita bukan melawan kerajaanan
kita bukan mahu memusnahkan negara
kita bukannya pengancam keselamatan negara

kita melawan pada yang bathil
kita menentang pada lanun berwajah penyamun
mencuri di kala dinihari, merompak di siang hari
bila malam mengunjung maka bermusang-musanglah ayam

kita menentang kepada penyerahan pulau batu putih yang diserahkan secara dayus
kita tidak bersetuju dengan pemberian tapak keretapi tanjung pagar
kita juga malu dengan penghadiahan pelantar minyak blok L dan M
kita merasa terkilan dengan kerugian mas dan nasib 20,000 pekerjanya
kita merasa pelik dengan penghapusan hutang TR
dan bersepah lagi isu yang semuanya mendalilkan kekuasaan plus keegoaan

rentetan itu,
kita bangkit untuk mengubah haluan
mengubah keborosan kepada kehemahan
kita bangun melawan kebobrokan
kita tegak berjuang melawan kekayaan milik dia orang
milik cet det dan anak-anak sdn bhd
milik najib wa rosmah holding

tanyalah siapa yang mencabul keuntungan petronas
sepatutnya diagihkan kesenangan kepada rakyat jelata
namun ditompok-tompokkan kepada yang hanya yang ada
udahlah berselindung disebalik subsidi dan potongan harga

rakyat berputih mata berpanaskan mentari
tetapi mereka bergelak riang
rakyat bertitik peluk mencari sesuap nasi
namun mereka berpeluk tubuh
akhirnya kepada rakyat juga mereka menjelma
maka di kala itu rakyat buatlah perhitungan