Semalam Tun Dr. Mahathir Mohamad berbicara di hadapan khalayak peneroka FELDA yang menghimpunkan lebih 3,000 orang peneroka. Dalam majlis tersebut, beliau masih mengulangi pendirian yang beliau tetap tidak berubah atau berganjak walaupun seinci, iaitu beliau menolak hudud Pas, sebaliknya hanya menerima hukum hudud Allah seperti terkandung dalam kitab suci al-Quran yang menekankan aspek keadilan.
Beliau berhujah : “Jika dua orang berpakat...seorang Cina dan seorang Melayu beragama Islam, mereka pergi mencuri dan kena tangkap, maka dihukum oleh Pas, orang Melayu kena potong tangan, Cina kena dua bulan penjara...adilkah? Sudah tentu tidak adil...kalau kena hukum, ia kena sama”. (BH, 19/2/2013)
Sebelum saya mengupas idea ini, rasanya elok kita bezakan dahulu antara keadilan dan kesamarataan. Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Seorang itu dikatakan adil apabila memakai baju di badannya, dan memakai kasut di kakinya. Maka beliau adalah seorang yang berlaku adil pada dirinya.
Lawannya zalim. Iaitu apabila beliau melakukan sebaliknya. Memakai kasut di badan, dan pula memakai baju di kaki. Beliau telah berbuat zalim. Zalim pada dirinya sendiri. Di kala itu, beliau berada antara dua persimpangan, sama ada kita akan katakana beliau seorang yang bodoh, ataupun juga terlebih bodoh, iaitu gila.
Perkataan sama. Sama bermaksud serupa dan sejenis. Sama berat, sama tinggi, sama harga dan sebagainya. Sama bodoh, sama cerdik, sama umur dan banyak lagi yang sama.
Pada hari lebaran yang disambut saban tahun, biasanya sesebuah keluarga akan memakai baju yang sama. Sama pada warnanya, namun berbeza dan berlainan, mungkin pada coraknya, jenis kainnya dan bentuk bajunya. Apa yang pasti berbeza ialah saiznya. Jadi, lawan kepada sama ialah beza.
Sebenarnya, tajuk ini agak berat untuk difahami, namun saya cuba landaikan ia agar mudah dan senang untuk kita memahaminya, kerana Islam itu sememangnya mudah, hanya kita yang menyulitkannya.
Biasanya orang yang menyulitkan hal-hal agama ini adalah dari kalangan mereka yang mengambil dos yang terlalu banyak. Akibatnya, badan mereka terasa lemah, minda pula semacam mamai dan fikiranpun bercelaru. Cuma dibimbangi kalau-kalau anak-anak cucu akan berbisik, “atuk ni telah nyanyuk”.
Tun berbicara pasal keadilan yang Islam tunjukkan, tetapi Tun membawa contoh sama rata yang perlu ada. Dalam ilmu perubatan, setiap penyakit akan didiagnostik bagi mengenal pasti tanda dan gelaja yang terjadi daripada sesuatu penyakit. ini bagi memudahkan cadangan ubat untuk diberikan. Di kala itu, maka seorang doktor telah melakukan sesuatu yang betul terhadap pesakitnya.
Amat malang sekali, jika ada dari kalangan pengamal perubatan yang telah mengenal pasti seorang pesakit, namun diberikan pula ubat yang berlainan. Bukan sahaja malang, tetapi doktor ini telah menyalahi amalan kedoktorannya. Demam, maka perlulah diberikan ubat demam, bukannya ubat asma.
Islam adalah agama rahmat sekalian alam. Manusia, binatang, haiwan juga tumbuh-tumbuhan akan merasai kerahmatan tersebut. Lebih-lebih lagi sebagai insan yang diangkat khalifah di bumi Allah S.W.T ini.
Memang benar, Islam mengajak kepada keadilan. Keadilan yang menuntut sama rata pada sesuatu keadaan dan perbezaan dalam keadan yang lain. Perbezaan itu adalah keadilan dan sama rata itu juga adalah keadilan. Inilah yang dimaksudkan oleh Sheikh Ibnu Usaimin dalam ungkapannya :
قال الشيخ ابن عثيمين رحمه الله: "أخطأ على الإسلام من قال إن دين الإسلام دين مساواة، بل دين الإسلام دين العدل، وهو الجمع بين المتساويين والتفريق بين المفترقين".
Adilnya Islam apabila meletakkan persamaan pada hal-hal yang berikut :
1. Sama Ciptaan :
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Hujuraat (49:13) :
$pkr'¯»t â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.s 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© @ͬ!$t7s%ur (#þqèùu$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& yYÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ×Î7yz ÇÊÌÈ
Bermaksud : “Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu pada sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
Justeru, syari’at Islam terbina atas dasar kemanusiaan ini. Oleh itu, amat tidak munasabah dan tidak dapat pula diterima oleh akal yang waras bahawa agama yang disyari’atkan ini membebankan, menyusahkan, tidak bersesuaian atau pelmacam lagi alasan yang direka-reka oleh kelompok yang cuak dengan peraturan Ilahi ini.
2. Sama Tuntutan :
Semua kita berada pada tahap yang sama dari sudut tuntutan syari’at. Samada kita berasal dari utara atau selatan, dari Arab atau ‘Ajam, berkulit cerah atau gelap, berambut kerinting atau lurus, tanpa ada sebarang pemisahan dan perbezaan.
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-al-Anbiya’ (21:107) :
!$tBur »oYù=yör& wÎ) ZptHôqy úüÏJn=»yèù=Ïj9 ÇÊÉÐÈ
Bermaksud : “Dan tiadalah kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad), melainkan sebagai rahmat untuk semesta alam”.
Lantaran itu, Melayu, Cina, India dan sebagainya, termasuk juga Orang Asli, menjadi patut untuk menerima segala suruhan dan arahan dari Yang Maha Esa. Bersifat jujur, berbudi bahasa, berakhlak mulia perlu disampaikan kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira darjat keturunan, pangkat dan sebagainya.
Bagaimana mungkin kita menghakmilikkan Islam secara sendirian berhad? Benar, Islam itu milik kita, namun kita perlu berkongsi dengan sesiapa sahaja kerana Islam itu milik semua.
3. Sama Hukuman :
Tiada seorangpun boleh dibezakan apabila sesuatu hukuman itu dijatuhkan. Orang kaya dan miskin, orang politik dan rakyat marahein, orang bandar dan desa, semuanya perlu akur dan berpaut pada syari’at yang sama.
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Maaidah (5:8) :
$pkr'¯»t úïÏ%©!$# (#qãYtB#uä (#qçRqä. úüÏBº§qs% ¬! uä!#ypkà ÅÝó¡É)ø9$$Î/ ( wur öNà6¨ZtBÌôft ãb$t«oYx© BQöqs% #n?tã wr& (#qä9Ï÷ès? 4 (#qä9Ïôã$# uqèd Ü>tø%r& 3uqø)G=Ï9 ( (#qà)¨?$#ur ©!$# 4 cÎ) ©!$# 7Î6yz $yJÎ/ cqè=yJ÷ès? ÇÑÈ
Bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah. Menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Dari itu, berlaku adillah, karena keadilan itu menghampirkan kamu kepada taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
Semua manusia dilpayungi dengan keadilan Islam dalam segenap lapis kehidupan. Islam memberi amaran kepada setiap penguasa agar berlaku adil dalam mengambil sesuatu tindakan, juga menjauhi sebarang prejudis dan buruk sangka.
Diceritakan, Qadi Syuraih memutuskan baju besi milik Saidina Ali k.w., agar diserahkan kepada orang Yahudi, berdasarkan hujah yang beliau kemukakan di dalam mahkamah. Sedangkan Saidina Ali k.w. pada ketika itu adalah khalifah dan Amir al-Mu’minin, namun beliau k.w. tetap akur dan bersabar atas keputusan tersebut.
Sehinggalah dalam urusan berumah tanggapun Islam menekankan konsep persamaan yang kita bincangkan ini. Persamaan yang membawa kepada keadilan untuk semua.
Dalam masa yang sama, keadilan Islam juga dapat dilihat dari segi perbezaan.
Islam juga berlaku adil apabila meletakkan perbezaan dalam hal-hal di bawah :
1. Beza Jantina :
Disebabkan perbezaan itu, maka Islam telah memperuntukkan harta pusaka dengan nisbah 1 : 2 antara perempuan dan lelaki.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Nisa’ (4:11) :
ÞOä3Ϲqã ª!$# þÎû öNà2Ï»s9÷rr& ( Ìx.©%#Ï9 ã@÷VÏB Åeáym Èû÷üusVRW{$# 4 ... ÇÊÊÈ
Bermaksud : “Allah mensyari'atkan bagimu tentang pembahagian pusaka untuk anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan…”.
Meskipun berbeza, namun Islam tetap memelihara keadilan antara dua jantina yang berbeza ini.
Keadilan di sini menuntut agar kita memperhalusi hikmah di sebaliknya. Dilihat dari sudut tanggungjawab dan amanah bagi seorang lelaki berbanding perempuan.
Sebaliknya, bagi sesetengah penuntut hak sama rata, sudah semestinya mereka akan mempertikaikan cara agihan tersebut. Bagi kita orang Islam, ini adalah keadilan menurut kaca mata syari’at, bukannya kaca mata kita selaku insan yang dangkal ini.
Dalam kehidupan harian, kita juga sering memperakui perbezaan tersebut. Namun kita tetap akur dan tidak pula cuba mempertikaikannya. Berbeza pembayaran cukai jalan mengikut kadar kuasa enjin sesebuah motokar. Berbeza kelas rawatan di hospital berdasarkan gred gaji seseorang. Nah…berbeza gred gaji seorang pengurus berbanding orang bawahannya.
Kita menerima perbezaan tersebut tanpa sebarang bangkangan. Namun, apabila Allah meletakkan perbezaan, maka kita berlagak hero terus memperjuangkan hak asasi manusia. Seolah-olah manusia itu kita yang punya.
2. Beza Agama :
Sengaja saya lengahkan isu ini sebagai menjawab apa yang telah Tun pertikaikan tadi. Apabila orang Islam dan bukan Islam, kedua-dua mereka terlibat dalam kesalahan, maka tindakan ke atas mereka berdua berbeza. Tun persoalkan, kenapa?
Jawapannya mudah sahaja, kerana Islam itu adil.
Islam adil kerana menyayangi penganutnya melebihi yang lain. Islam adil kerana ingin memberi peluang kepada yang bukan penganutnya semoga terbuka hati menilai keadilan Islam. Keadilan yang ditunjukkan oleh Islam menjadikan orang Yahudi yang bersama Saidina Ali k.w. itu akhirnya menyerahkan kembali baju besi kepada Saidina Ali k.w. lalu terus memeluk Islam. Itulah keadilan Islam.
Logiknya, jika anak kita bersama anak jiran tertangkap atas kenakalan yang mereka lakukan. Orang yang menangkapnya adalah kita. Berkebetulan pula sebagai JKKK. Orang yang kena tangkapnya adalah anak kita dan anak jiran kita.
Kita selaku JKKK, pula inginkan anak-anak kampung jadi baik, maka tindakan hendaklah diambil ke atas mereka berdua. Anak kita, pasti akan dirotan, tidak dua, mungkin tiga kali mengikut ‘perlembagaan’ yang kita gubalkan, kerana kasih dan sayang, kerana malu dan segan.
Bagaimana pula dengan anak jiran kita tadi?
Kemungkinan, tindakan kita adalah menyerahkan anak jiran itu kepada bapanya dengan makluman kenakalan yang telah beliau lakukan. Jika bapanya menyerahkan kepada kita untuk bertindak, maka kita pun menghayunlah rotan tersebut sebagaimana ketetapan yang telah diambil ke atas anak kita tadi.
Di sini kita perlu jelaskan pula perbezaan antara syari’at dan fiqh. Kekeliruan dalam memahami keua-dua ini menyebabkan kita bersengketa.
Saya contohkan begini. Kita bersetuju untuk memasak nasi kepada tetamu yang hadir. Namun, kita berselisih, apakah jenis nasi yang hendak dihidangkan. Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Beriani, Nasi Minyak ataupun Nasi Hujan Panas.
Maka, nasi itu adalah syari’at, manakala jenis nasi itu adalah fiqh. Ketajaman dalam memahami ilmu fiqh inilah yang akan memandu kita bagi menentukan jenis nasi yang akan dihidangkan nanti. Jika tetamu kita datangnya dari kalangan anak-anak Kelantan, maka Nasi Kerabulah yang sesuai. Namun tidak salah, jika dihidangkan Nasi Beriani, cuma kurang bersesuaian.
Rentetan itulah, maka ulama’ kita bersusah payah dan bersengkang mata bagi merenung, menilai dan memikirkan hal tersebut agar ianya mampu dilaksana dan disesuaikan.
Sebagai contohnya, meminum arak. Islam mengenakan sebatan 80 kali (ada yang meletakkan 40 kali). Sepakat para fuqaha’ bahawa hukum meminum arak tadi (had) hendaklah dikenakan kepada peminum muslim. Namun, Sheikh Sabiq dalam Fiqh Sunnah (jld.2, ms 493) tidak pula mensyaratkan hanya orang Islam dalam merealisasikan hukum hudud tersebut. Katanya, mereka ini (orang bukan Islam) akan dikenakan sebatan (hudud) jika meminum arak di negara Islam.
Ini yang saya katakan tadi, ulama berselisih apabila membicarakan soal pelaksanaan. Meskipun demikian, semua ulama bersetuju bahawa undang-undang Islam hendaklah ditegakkan dan dihidangkan untuk tetamu yang datang tadi.
Namun, jika nasi tidak dihidangkan, tetamu yang datang ditengking dan dicerca, maka fahamlah kita tuan rumah itu tidakpun berhajat untuk menjamu kita. Maka, eloklah kiranya kita ke restoran terdekat untuk menjamu selera, yang berkebetulan ada pula dijual Nasi Kerabu yang kita idamkan.
Ingin saya tutup bicara saya ini dengan satu soalan mudah : Adakah kerajaan yang ada kini sanggup berjuang untuk melaksanakan hukum hudud? Jika ya, berikan modelnya. Jika tidak, maka usahlah diganggu usaha murni tersebut.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment