Sunday, February 17, 2013

‘OPPA GANGNAM STYLE’...Di manakah kita?!

Sengaja saya kemukakan ayat ini (Luqman, 31:6) sebagai dacing penimbang kepada mereka yang menaja PSY sempena sambutan Tahun Baru Cina tempoh hari, termasuklah juga mereka yang meramaikannya.

z`ÏBur Ĩ$¨Z9$# `tB ÎŽtIô±tƒ uqôgs9 Ï]ƒÏysø9$# ¨@ÅÒãÏ9 `tã È@Î6y «!$# ÎŽötóÎ/ 5Où=Ïæ $ydxÏ­Gtƒur #·râèd 4 y7Í´¯»s9'ré& öNçlm; Ò>#xtã ×ûüÎgB ÇÏÈ
Bermaksud : “Dan ada dalam kalangan mereka yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan”.

Ayat ini disebut setelah memperihalkan orang-orang yang berjaya dan sentiasa memperolehi pedoman Ilahi, iaitu mereka meletakkan al-Quran di hati, lalu mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan sekaligus yakin terhadap hari pembalasan.

Selepas perihalan tersebut, Allah S.W.T. mendatangkan ayat ini sebagai jawapan kepada mereka yang tidak meletakkan al-Quran di hati mereka. Kumpulan ini mengabaikan al-Quran. Lantaran itu, hati mereka mudah terpaut dengan nyanyian dan dendangan yang melalaikan.

Ibnu Mas’ud berkata, yang dimaksudkan dengan lahwa al-hadis adalah nyanyian. Qatadah pula berkata, ungkapan itu bermakna bahawa memilih untuk berkata-kata perkara yang menyesatkan berbanding kata-kata yang benar.

Menurut al-Qurtubi, ayat ini diturunkan kepada al-Nadr bin al-Haris, salah seorang penduduk kota Mekah. Dikatakan bahawa beliau telah mengupah dan menaja para artis (penyanyi) dengan tujuan menarik orang ramai berhimpun dan berkumpul untuk berseronok dan mendengar dendangan lagu yang disampaikan, sehingga menjauhkan orang ramai daripada mendengar dakwah Nabi s.a.w. Antara cakapan beliau, nyanyian seperti ini adalah lebih baik daripada apa yang dibicarakan oleh Muhammad mengenai solat, puasa dan berjihad.

Dari itu, para ulama’ telah bersepakat bahawa nyanyian semacam itu, iaitu yang mampu merangsangkan nafsu dan menaikkan syahwat ditambah pula dengan ungkapan yang kotor lagi lucah, lebih-lebih lagi memuja-muji perkara yang haram, maka ia sama sekali adalah ditegah dan dilarang.

Adapun nyanyian yang ringan bagi memenuhi masa-masa tertentu, seumpama di kala hari perkahwinan dan sekadar meredakan kepenatan selepas bekerja, maka itu adalah dimaafkan. Wallahu’alam.
 

No comments:

Post a Comment