Sunday, February 12, 2012

Jumaat Yang Bersabtu

Dua hari ni
Pelbagai peristiwa yang dilalui
Seronok ada, Suka Ada, Teruja pun ada
Semua itu mematangkan kita

KE SHAH ALAM
Bawa kereta
Mak janda empunya nama
Pecut sikit pasal dah terlewat
Takut janji mungkir pula
Terserempak apek macam nak cepat
Apek mengehon kali kedua
Dia minta mak janda sila ke tepi
Dia tak tahu ini mak janda bukan anak sunti
Mak janda, siapapun dia tak peduli
Makin dihon makin dipekak telinga

DR. NORAZIAH
Bersama orang umah
Jumpa penyelia
Dr Noraziah diberi nama
Tumpang semangkuk
Curi dengar
Catat dalam kepala
Pasal pen dibawa, kertas terlupa
Teratur seliaannya lagi kemas
Setiap kata bersulam bernas

DR. NORHAYUZA
Satu jam bersama
Kamipun belah
Ucap terima kasih
Mohon doa
Jumpa pula Dr. Norhayuza
Jamah sarapan bertanya khabar
Sihat anaknya bertatih pula
Minggu depan berumrahlah dia
Mohon selit di dalam doa
Agar kami dapat ke sana

DARI SHAH ALAM
Menuju pulang
Pertengahan jalan mak janda meragam
Minta perhatian jua tumpuan
Akurlah kami mendengar rintihan
Panggil uncle mujurlah datang
Tunda mak janda hingga ke pekan
Menunggulah kami sampai ke petang
Selesai rawatan kamipun pulang

BUMI HANG TUAH
Sabtu pula ada jemputan
Maulidur Rasul jadi sambutan
SMK Ghafar Baba jadi taruhan
Kisah benar menanti Junjungan
Tajuk dikupas berulam selingan
Tengok pelajar seronok kepalang
Dua jam berdiri tiada halangan

DR. SIDEK BABA
Selesai ceramah
Prof Dato’ Dr Sidek Baba pun tiba
dijemput minum makan bersama
sedap sungguh asam pedas disua
makan bertambah suka semua
Sambil mengunyah bibir berkata
Berbual bicara beradab susila
Berbalas tanya bersoal jawab
Peluang ada maka dirembat

Hebat sungguh prof kita
Setiap kata berulas senyuman
Menutur ayat membaris haluan
Membawa kita agar berikhwan
Mengambil al-Quran sebagai panduan
Melalui Hadis sebagai dorongan
Terima kasih prof sebagai ucapan
Tanda ingatan agar berkekalan

COCONUT SHAKE
Tn. Hj Yaakob
Pengurus Ummah Network Corp.
Memujuk saya menyinggah sekejap
Ke pejabatnya lalu ke warung
Katanya siapa ke sini
Mesti menyedut coconut shake
Rasanya memang enak
Tambahan pula jika panas terik
Waduh..waduh enak sekali pak…
Cubalah…kalau ke sini.


JUMAAT YANG BERSABTU…
Dua hari ni
Pelbagai peristiwa yang dilalui
Seronok ada, Suka Ada, Teruja pun ada
Semua itu mematangkan kita

KE SHAH ALAM
Bawa kereta
Mak janda empunya nama
Pecut sikit pasal dah terlewat
Takut janji mungkir pula
Terserempak apek macam nak cepat
Apek mengehon kali kedua
Dia minta mak janda sila ke tepi
Dia tak tahu ini mak janda bukan anak sunti
Mak janda, siapapun dia tak peduli
Makin dihon makin dipekak telinga

DR. NORAZIAH
Bersama orang umah
Jumpa penyelia
Dr Noraziah diberi nama
Tumpang semangkuk
Curi dengar
Catat dalam kepala
Pasal pen dibawa, kertas terlupa
Teratur seliaannya lagi kemas
Setiap kata bersulam bernas

DR. NORHAYUZA
Satu jam bersama
Kamipun belah
Ucap terima kasih
Mohon doa
Jumpa pula Dr. Norhayuza
Jamah sarapan bertanya khabar
Sihat anaknya bertatih pula
Minggu depan berumrahlah dia
Mohon selit di dalam doa
Agar kami dapat ke sana

DARI SHAH ALAM
Menuju pulang
Pertengahan jalan mak janda meragam
Minta perhatian jua tumpuan
Akurlah kami mendengar rintihan
Panggil uncle mujurlah datang
Tunda mak janda hingga ke pekan
Menunggulah kami sampai ke petang
Selesai rawatan kamipun pulang

BUMI HANG TUAH
Sabtu pula ada jemputan
Maulidur Rasul jadi sambutan
SMK Ghafar Baba jadi taruhan
Kisah benar menanti Junjungan
Tajuk dikupas berulam selingan
Tengok pelajar seronok kepalang
Dua jam berdiri tiada halangan

DR. SIDEK BABA
Selesai ceramah
Prof Dato’ Dr Sidek Baba pun tiba
dijemput minum makan bersama
sedap sungguh asam pedas disua
makan bertambah suka semua
Sambil mengunyah bibir berkata
Berbual bicara beradab susila
Berbalas tanya bersoal jawab
Peluang ada maka dirembat

Hebat sungguh prof kita
Setiap kata berulas senyuman
Menutur ayat membaris haluan
Membawa kita agar berikhwan
Mengambil al-Quran sebagai panduan
Melalui Hadis sebagai dorongan
Terima kasih prof sebagai ucapan
Tanda ingatan agar berkekalan

COCONUT SHAKE
Tn. Hj Yaakob
Pengurus Ummah Network Corp.
Memujuk saya menyinggah sekejap
Ke pejabatnya lalu ke warung
Katanya siapa ke sini
Mesti menyedut coconut shake
Rasanya memang enak
Tambahan pula jika panas terik
Waduh..waduh enak sekali pak…
Cubalah…kalau ke sini.


Wednesday, February 8, 2012

Serangan Musuh Islam, Selamatkah Kita ?

Menghina Islam dengan pelbagai cara agar dunia melihat akhlak Islam tidak lebih sekadar kepompong yang kosong.
Menyerang akhlak dan keperibadian Rasulullah saw. termasuklah al-Quran dan al-Sunnah.
Menghitamkan sejarah Islam dan aspek-aspek negatif ditonjolkan supaya generasi hanya mengetahui zaman-zaman gelap, ganas, derita,  percakaran dan perebutan kuasa serta kehancuran sistem nilai dalam kehidupan..
Meragukan keupayaan umat Islam yang dikaitkan dengan kemunduran, kemiskinan dan persengketaan. Sementara itu pula dipamerkan budaya barat yang maju dan moden untuk menggantikan tradisi dan adat kita yang jumud. Walhal mereka sendiri terpalit dengan pelbagai masalah moral yang tidak berkesudahan : rompakan, samunan, budaya vandalisme dalam kalangan muda mudi yang berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan, anak tidak lagi menghormati ibu bapa, mak ayah pula tidak lagi menyayangi anak-anak, berleluasanya kegilaan seks dan seribu satu masalah yang tiada jalan penyelesaian.
Meleburkan keperibadian umat Islam dengan menghakis jati diri dan menjauhkan mereka dari nilai akhlak yang benar. Melalui penguasaan ke atas pemikiran dan jiwa serta serangan yang bertubi-tubi untuk meranap-musnahkan semaian akhlak kemelayuan yang terpupuk sejak dari kecil. Masakan tidak, media massa, sukan dan ratu keartisan ditonjol-tonjolkan kelebihan masing-masing. Usahkan al-Ghazali yang hendak dicari, Ghazal buat Rabiah pula yang diketemui.
Selepas umat Islam diasak dan dileburkan keperibadian mereka, musuh-musuh Islam akan menyemai kebudayaan dan pemikiran yang baharu sesuai dengan acuan dan kehendak mereka. Adalah kejayaan besar bagi mereka apabila berjaya melonggarkan ikatan akhlak remaja kini atau setidak-tidaknya berjaya mendedahkan aurat anak gadis Islam. Mereka biarkan orang Islam menggunakan nama-nama Islam, tetapi roh dan jiwanya sudah berpaling ke arah timur dan barat yang bukan Islam.
 (Adaptasi dari buku “Cara Menentang Serangan Pemikiran Terhadap Dunia Islam”  tulisan Dr Hassan Muhammad Hassan)

Meneladani Junjungan saw.

(1) Sabarnya Baginda saw. –
Ketika menghadapi tekanan, seksaan, kejian, perolokan, sindiran, penghinaan yang tak henti-henti pada awal sesi  dakwah Baginda saw.  Dalam peperangan Uhud, Baginda saw dibaling dengan batu lalu terkena muka Baginda yang mulia, lalu terjatuh dan patah gigi Baginda saw.  Baginda masih lagi bersabar dan terus menyusun barisan tentera meskipun ramai tentera Islam gugur .syahid pada masa itu, termasuklah Saidina Hamzah ra.
Suatu hari Abu Hurairah mengunjungi Baginda saw sedangkan Baginda sedang bersembahyang dalam keadaan duduk. Lalu Abu Hurairah bertanya hal tersebut, maka Baginda menjawab ringkas : Lapar. Lalu Abu Hurairah menangis. Baginda menenangkan Abu Hurairah dengan sabdanya : Wahai Abu Hurairah! Janganlah menangis kerana kesengsaraan di akhirat nanti akan melupakan kita kepada lapar.
(2) Pengasihnya Baginda saw.-
Semasa pembukaan kota Mekah seperti yang diceritakan oleh Saidina Umar terhadap pembesar-pembesar Quraisy (Sofwan ibnu Umayyah, Sofian ibnu Harb dan Haris ibnu Hisyam), kata Saidina Umar kepada mereka : Sekarang kamu akan tahu apa yang akan dilakukan oleh Rasulullah terhadap kamu.  Namun Rasulullah bertindak lain apa yang diduga oleh Saidina Umar, sabda Baginda : Kita serupa sebagaimana kata nabi Yusuf as kepada saudara-saudaranya : Tiada lagi penghinaan terhadap kamu.
(3) Lembutnya Perwatakanmu Ya Rasulullah saw.-
Diceritakan oleh Anas ra, suatu hari Baginda saw didatangi oleh seorang badwi, kasar tingkah lakunya, lalu menarik kain di leher Baginda saw sehingga terdapat kesan helaannya itu sambil berkata : Berikan aku harta Allah yang kamu miliki itu.  Lalu Baginda saw berpaling sambil tersenyum lantas bersabda : Berikan kepadanya harta tersebut.
(4) Indahnya gurauanmu Ya Khaira Khalqillah -
Diceritakan oleh Hasan ra bahawa suatu hari Baginda saw telah didatangi oleh seorang perempuan tua yang meminta Rasulullah agar mendoakannya masuk syurga, lalu Baginda bersabda : Orang tua tidak boleh memasuki syurga. Bila mendengar hal demikkian, maka perempuan tua itu terus menangis. Baginda saw bersabda : Sebenarnya dia tidak boleh masuk dalam keadaan dia sebagai orang tua.  Lalu Baginda saw membaca surah al-Waqiah ayat (35).
(5) Hikmahnya Rasul kita saw.-
Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak :  Suatu ketika Utbah ibn Amir, Syaibah ibn Rabia’, Abu Sufian ibn Harb dan lain-lain lagi termasuk Abu Jahal Berhimpun selepas Maghrib di tepi Ka’abah, lalu salah seorang mereka diminta memanggil Baginda saw ada hal penting untuk dibicarakan. Maka segeralah Baginda saw mendatangi mereka setelah dijemput. Sebaik sahaja Baginda tiba lalu mereka berkata : Wahai Muhammad! Kami tidak pernah lagi bertemu dengan orang yang datang dari kaumnya tetapi mengutuk nenek moyangnya, menghina agama kaumnya, mengata-ngata tentang tuhan kaumnya sehingga membawa kepada perpecahan. Adakah kamu berbuat demikian kerana kamu inginkan sebarang harta, kami akan himpunkan bagi kamu, atau kamu ingin menjadi ketua, kami akan melantik kamu, atau kamu dibebani dengan penyakit, kami berubat untuk kamu. 
Bila mereka selesai, Baginda saw pun berkata : Apa hal kamu berkata itu dan ini, aku berbuat ini bukannya untuk mencari harta, bukannya untuk menjadi ketua, aku diutuskan Allah sebagai Rasul, dibekalkan aku sebuah Kitab, menyuruhku agar memberi khabar gembira dan ancaman kepada kamu. Jika kamu mendengar dan menerimanya, maka itu adalah keuntungan bagi kamu di akhirat kelak. Namun jika kamu menolaknya, maka aku tetap bersabar sehinggalah Allah memutuskan hukuman-Nya antara kita.
 Lalu mereka membalas bahawa kami tidak akan menerimanya sehinggalah kamu memohon kepada Tuhan kamu agar memberikan kepada kami aliran air yang banyak, rumah yang bertatahkan permata dan hidupkan kembali datuk kami yang telah mati (Qusai ibn Kilab) agar dapat kami bertanyakannya : Sejauh manakah benarnya kata-kata kamu itu. Baginda menjawab : Kedatangan aku bukannya untuk semua hal itu, aku pula tidak diutuskan Allah untuk menunjukkan kepada kamu perkara tersebut dan bukan pula masanya untuk aku memohon kepada Tuhanku apa permintaan kamu tadi, aku hanya seorang Rasul, tidak lebih dari itu.
Tanggungjawab Kita Terhadap Rasulullah saw.-
  1. Menyayangi Baginda saw melebihi diri sendiri, anak isteri, atau apa sahaja yang kita miliki.
  2. Mengikuti peribadi dan akhlak terpuji Baginda saw.
  3. Menjauhkan sama sekali dari melakukan sebarang bentuk penghinaan dan cercaan.
  4. Berselawat dan memberi salam buat junjungan saw.


Kami Rindukan SyurgaMu Ya Ilahi...

Saya bukannya suka sangat menegur alim ulama’, apatah lagi mengkritik mereka lantaran ilmu yang dimiliki dan anugerah Allah swt kepada dirinya dengan diangkat beberapa darjat.
Namun kerana diminta oleh sahabat untuk saya memberi sedikit kupasan tentang zikir yang sering dialun-alunkan, cukup enak didengar, nyaman sekali rasanya jiwa dan mampu menghidupkan daya iman dalam diri kita. Kalau nak dibandingkan dengan lagu yang terkadang memekak, membingitkan telinga, langsung tiada nilai-nilai iman maupun taqwa dalam liriknya, sementelah pula dilagukan oleh mereka yang terkoyak baju skirtnya sana sini. Zikir yang dimaksudkan itu :
إلهي لست للفردوس أهلا      *       ولا أقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي      *       فإنك غافر الذنب العظيم
Terjemahannya :
            Tuhanku, aku tidak layak ke syurga Mu         *         
Namun aku tidak terdaya  pula ke neraka Mu
            Terimakanlah taubatku dan ampunkanlah dosa-dosaku       *
                        Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar.

Kupasan saya dalam beberapa point di bawah :
1)      Kita bersangka baik kepada penggubah zikir ini dengan meletakkan dirinya berada pada tahap kecintaan yang sejati kepada Allah swt lantas itu beliau menyusun kata-kata dengan penuh sopan dan malu-malu untuk menyatakan hasrat di hati yang terpendam. Masakan tidak, dosa-dosa yang begitu banyak tidak memungkinkan beliau untuk ke syurga Allah, apatah lagi syurga tertinggi iaitu Firdaus. Benar Rasulullah saw ada bersabda :   
روى البخاري (2790) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :( إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ، فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ أُرَاهُ فَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ ، وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ )
قال الحافظ :
" يَدُلُّ هَذَا عَلَى أَنَّ الْفِرْدَوْسَ فَوْقَ جَمِيعِ الْجِنَانِ , وَلِذَا قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - تَعْلِيمًا لِلْأُمَّةِ وَتَعْظِيمًا لِلْهِمَّةِ- : ( فَإِذَا سَأَلْتُمْ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ ) " انتهى .

2)      Penggubah zikir itu tidak sekali-kali menafikan bahawa beliau menolak syurga Allah. Ini dapat difahami berdasarkan laras bahasa yang digunakan. Saya bagi satu contoh, anda telah diundang ke istana negara atas penganugerahan jasa yang telah anda tunaikan. Setibanya anda di sana, anda telah diraikan dengan maha hebat sekali. Dengan kemurahan hati raja, anda telah dilantik menjadi penasihat diraja dan diberi pula kedudukan yang tinggi serta tanah berhektar-hektar. Walhal jasa yang anda tunaikan tidaklah seberapa sangat. Anugerah itu merujuk kepada baiknya jasa hati raja tersebut. Ketika itu, anda dengan penuh sopan berkata : Tuanku, sebenarnya saya tidak layak menerima anugerah yang begini besar daripada Tuanku. Fahamlah saudara, bahawa kata-katanya itu bukanlah bermaksud beliau menolak pemberian diraja itu. Masakan tidak, kerana pemberian itu bisa mengubah hidupnya secara total.
3)      Kita masih bersangka baik kepada penyair tersebut. Kata-katanya tidaklah seteruk kata-kat seorang sufi al-Junid berkenaan ‘tajalli’ Allah di dalam dirinya. Lihatlah, apa kata as-Syahid Imam Hasan al-Banna, katanya : kata-kata itu tidak sepatut diungkapkan, tetapi hatinya kita serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui hal sebenarnya.
4)      Penyair itu juga tidaklah terikut dengan fahaman Mu’tazilah yang meletakkan seorang yang melakukan dosa dan pahala pada masa yang sama akan berada di akhirat kelak ‘manzilah baina manzilatain’ (satu tempat antara dua tempat iaitu antara syurga dan neraka).
5)      Seandainya kita tercuit hati untuk mengesyak wasangkakan penyair ini, marilah kita ungkapkan doa baginya sepertimana yang difirmankan Allah dalam surah al-Hasyr, ayat (10) :
 قَالَ تعالى : "والذين جاءو من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالأيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم".
Dari itu, sedikit teguran untuk penceramah tersebut agar tidak menggunakan perkataan yang kurang sedap didengar (katanya, apa ni, mengarut) dalam loghat Kedah. Elok rasanya kalau tidak terlampau menyalahkan penyair itu. Beliau sendiripun tidaklah mendatangkan hujjah-hujjah yang tuntas untuk menolak ‘kesesatan’ jika ada pada zikir ini. Kita perlu ingat bahawa syurga dan neraka adalah milik mutlak Allah swt, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha sepertimana yang diinginkan Allah. Jika ke neraka atau ke syurga, setitik air liur pun tak mampu kita untuk bersuara dimahkamah Rabbul Jalil. Kita berteguh aqidah keyakinan dan tekad bahawa Allah swt Maha pengampun dan Maha Penunai janji-janji-Nya untuk menghadiahkan syurga untuk hamba-hambaNya yang soleh.
Pesan saya kepada penceramah tersebut, pertingkatkan laras bahasa Arab kerana itu sahaja kunci bagi memahami isi kandungan al-Quran. Kalau kail panjang sejangkal, jangan lautan hendak diduga. Kalau modal hanya sekelumit jangan kita berbelanja mewah. Ingat-ingat orang sekeliling, mereka juga ada kelebihan dan kelayakan. Semoga kita diberi pentunjuk oleh Allah swt jua harapnya.