Saturday, September 17, 2011

Ilmu dan Berguru



Ada sahabat bertanya tentang penerimaan sesuatu ilmu tanpa melalui kaedah berguru, saya berpandangan begini :
1) Murid dan guru tidak dapat dipisahkan. Bagaikan helaian muka surat, guru pada muka surat depan dan murid pada muka surat belakangnya. Seorang guru itu meraih gelaran mulia ini kerana ada murid yang sudi belajar darinya. Murid pula tidak lengkap ilmunya tanpa ada bimbingan dan pedoman dari seorang guru. 2) Imam Bukhari telah mensyaratkan dalam penerimaan sesuatu hadis itu sahih ialah perawi hadis itu hendaklah bersemuka (berguru) dengan penyampai hadis tersebut. Ini bagi menjamin tahap kesahihan hadis yang hendak disampaikan.
3) Manakala Imam Muslim pula tidak mensyaratkan hal demikian, sebaliknya membolehkan seorang perawi itu menerima sesebuah hadis dari penyampainya tanpa perlu bersua muka (berguru) dengan syarat mereka berdua hidup pada zaman yang sama (sezaman).
4) Dalam konteks lebih luas, kaedah berguru bolehlah dinyatakan dalam bentuk yang lebih luas apabila sesuatu ilmu itu dinyatakan sumber dan masdarnya, maka bolehlah kita kategorikan sebagai berguru. Hal seumpama ini banyak terjadi dalam sistem pembelajaran kini, mana mungkin kita berkesempatan untuk bersua dengan setiap penulis buku yang buku mereka kita sandar dan naqalkan.
5) بالنسبة للسؤال الذي طرحه فضيلة الأستاذ زعيم الدين فأقول : أولا – أشكركم على هذه المشاركة، وثانيا – ذلك لسبب كثرت المطلوبات من الأصدقاء هم الذين يريدون بعض الأذكار اليومية تبعدهم من وسواس الشيطان وأعوانه، فكتبت هنا لاستفادة الجميع بعدما
علمني شيخي من طراز هذا الشئ، وثالثا – وأنني قد أشرت هناك من هم شيوخي ومصدر تلك الأذكار، والله المستعان.

Rawatan Mendekatkan Jodoh



Orang yang hendak didekatkan jodoh hendaklah sentiasa senyum, periang, peramah serta menutup aurat. Di samping itu, beliau hendaklah juga memperbanyakkan ibadah dan berdoa. Insya Allah akan dipercepatkan jodohnya.


Cara Merawatnya :
1) Baca al-Fatihah.
2) Baca surah-surah Munjiaat (al-Mulk dan al-Insaan).
3) Baca doa ini :
اللهم اجْعلْنِي / اجْعَلْها مَحْبُوبَةً في قُلُوبِ المؤمنينَ وَبَشِّرْنِي / وَبشِّرْها باِلغِنَى إلى مِائة وعشرين حَسَنَةً، فاللهُ خيرٌ حافِظا وهو أرْحَمُ الراحِمِينَ4) Bacaaan tersebut bolehlah dibacakan pada air untuk diminum dan disapu pada muka ketika hendak tidur, bangun tidur dan juga ketika hendak keluar rumah.
5) Juga dibacakan bacaan tadi pada air hujan yang bercampur dengan 7 jenis bunga yang berlainan warna, tidak berduri dan berbau harum untuk dimandikan pada waktu pagi dan petang.
6) Rawatan dilakukan sekurang-kurangnya 7 kali.
Insya Allah, akan dipermudahkan Allah jodohnya.

Rawatan Mendapatkan Zuriat



Jam di tangan Amin (bukan nama sebenar) menunjukkan 2.30 petang. Amin yang juga seorang guru di salah sebuah sekolah di negeri Melaka, seperti biasa pulang setelah penat memerah tenaga demi masa depan keluarga dan anak bangsanya. Beliau agak tergesa-gesa kerana kewajipan Tuhan belum ditunaikan. Dalam perjalanan pulang, beliau teringat pesanan isterinya : “Bang, bila pulang nanti jangan lupa ye singgah di kedai Pak Mat tu belikan nasi ayam untuk makan tengahari kita nanti”. Beliau tersenyum mengenangkan isterinya yang tersayang, itulah makanan kegemarannya, “yalah Mah”, jawabnya antara dengar dengan tidak. Isterinya yang kini sedang sarat mengandung setelah 10 tahun mencuba di segenap ceruk rantau. Takdir Ilahi menyebelahinya setelah menerima kaedah pengubatan al-Quran.
Cara Merawatnya :
1) Baca pada air surah Yaasin (ayat 77) :
2) Baca surah al-Mulk (ayat 14) :
3) Baca surah Ali Imran (ayat 33-37) :
4) Suami hendaklah diurut sebanyak 3 kali.
5) Rawatan dilakukan sekurang-kurangnya 7 kali.
Bahan untuk diminum :
1) Telur ayam kampung 7 biji.
2) Telur tadi dibakar dan dikisar sehingga lumat.
3) Dimakan beserta madu pada setiap pagi dan petang.
Insya Allah, mujarab dengan izin Allah swt.

Rawatan Terkena Sihir Pemisah

Islam melarang sama sekali melakukan perbuatan sihir. Ia termasuk dalam dosa-dosa besar, pengunjung tempat-tempat sihir untuk memohon pertolongan boleh membawa kepada syirik.
Antara bentuk-bentuk sihir pemisah antara suami isteri ialah :
1-Tidak dapat memenuhi kepuasan hubungan seks.
2-Kebencian perangai seperti melihat isteri dalam memiliki rupa bentuk yang amat bu...ruk.
3-Banyak berlaku kesangsian dalam hubungan rumahtangga.
4-Cemburu buta dan memperbesar-besarkan perkara yang remeh temeh.
Cara Merawatnya :
Perawat meletakkan tangan kanan di atas kepala pesakit dan membaca ayat-ayat berikut dengan khusyuk dan merendah diri.
1-Pesakit diminta memejamkan mata sambil membaca al-Fatihah 3 kali secara senyap-senyap.
2-Perawat membaca ayat kursi.
3-Baca surah al-Baqarah ayat 102
4-Baca :
فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم -10 كالي
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم _10كالي
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا - 10 كالي
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين _ 10 كالي
ربي إني مسني الضر وأنت أرحم الراحمين _ 10 كالي

diakhiri dengan istighfar dan selawat ke atas nabi SAW.
Insya Allah, mudah-mudahan.

RAWATAN MENGHILANGKAN GANGGUAN JIN

Sekejap tadi saya dikunjungi oleh seseorang yang mengharapkan saya berikan sesuatu amalan bagi menghilangkan gangguan jin yang beliau alami. Sebagai perkongsian ilmu, saya perturunkan di sini ayar-ayat (Ayat 33) yang berkaitan sebagai amalan berdasarkan apa yang disampaikan kepada saya guru saya (Ust. Ku Othman dan Ust Hj Halim dari Sheikh Khalid) :
1) Baca Surah al-Fatihah :
2) Baca surah al-Baqarah (ayat 1-5) :
3) Baca surah al-Baqarah (ayat 255-257) :
4) Baca surah al-Baqarah (ayat 284-286) :
5) Baca surah al-A’raaf (ayat 54-56) :
6) Baca surah al-Isra’ (ayat 110-111) :
7) Baca surah As-Saffaat (ayat 1-11) :
8) Baca surah ar-Rahman (ayat 33-35) :
9) Baca surah al-Hasyr (ayat 21-24) :
10) Baca surah al-Jinn (ayat 3-4) :
Kaedah Rawatan :
1- Air mineral :
- Bacakan ayat 33 pada air tersebut
- Air tadi bolehlah diminum dan disapu
2- Air Hujan :
- Sediakan juga air hujan 5 liter untuk dibacakan ayat 33
- Air hujan itu dimandi dan diratakan seluruh badan
- Biarkan kering di badan tanpa dilap
Insya Allah, sembuh dengan izin-Nya.

RAWATAN PENYAKIT BARAH




Semalam saya dikunjungi seorang mak cik yang menghidapi penyakit barah. Sayu saya melihatnya, namun beliau dikuatkan dengan anak-anak yang setia menjaganya. Didoakan kesabaran dan kesembuhan buatnya.
• cara merawat CANSER :
1- Perawat hendaklah yakin bahawa canser atau apa jua penyakit sekalipun adalah juga makhluk Allah dan boleh diarahkan keluar dari badan pesakit dengan iktiqad bahawa segala kekuatan adalah daripada Allah jua.
2)Dengan menggunakan anak pokok kemboja, kita pindahkan canser tersebut dengan izin Ilahi.
3)Baca surah Yaasin, al-Mulk dan al-insan.
Pada pengamatan saya, barah ini bolehlah dikategorikan kepada 2 punca utama :
1) Tabiat pemakanan – Maka Islam menganjurkan agar kita berpuasa wajib dan sunat. Nabi saw mengajar kita supaya membahagikan pengisian perut kepada 1/3 air, 1/3 udara dan 1/3 makanan. Ini ada kaitan dengan pengurusan nafsu makan yang akhirnya dapat menghindarkan punca penyakit tersebut.
2) Terdapat unsur gangguan – Umpamanya seseorang yang terkena sihir (di mata misalnya), maka akibat terlalu lama sihir tersebut, makin sehari makin panas dan merebak, akibatnya bertukar menjadi barah. Cara mengatasinya dengan mengamalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Bagi perawat yang hendak memindahkan barah daripada badan seseorang, hendaklah :
1) Puasa selama 7 hari dan beramal selama 40 hari.
2) Yakin bahawa barah atau apa jua penyakit adalah makhluk Allah dan boleh diarahkan keluar dengan izin Allah.
3) Cuba-cubalah cari pesakit dan buatkan amalan ini sepenuhnya sehingga dapat 40 orang pesakit.
4) Mohon pertolongan Allah supaya rawatan tersebut berhasil.
Semasa rawatan, perawat bolehlah mengambil minyak zaitun untuk disapu pada tempat yang bengkak akibat daripada barah itu dengan membaca ayat-ayat berikut :
1- بسم الله أرقيك وبنور وجه الله أشفيك وبذكر الله أعافيك.
2- ويسألونك عن الجبال فقل ينسفها ربي نسفا فيذرها قاعا صفصفا لا ترى فيها عوجا ولا أمتا.
3- أيها الألم النابت في الجسم الذي يموت مت بقدرة الله الحي الذي لا يموت.
4- وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.
5) Baca Fatihah 3 kali, kemudian baca ayat ini :
1- وترى الجبال تحسبها جامدة وهي تمر مر السحاب صنع الله الذي أتقن كل شيء إنه خبير بما تعملون.
2- ومثل كلمة خبيثة كشجرة خبيثة اجتثت من فوق الأرض ما لها من قرار.
3- ألم تر إلى الذين خرجوا من ديارهم وهو ألوف حذر الموت فقال لهم الله موتوا (3 مرات)
4- أو كالذي مر على قرية وهي خاوية على عروشها قال أنى يحي هذه الله بعد موتها فأماته الله مائة عام، مت أيها الدمل بإذن الحي الذي لا يموت.