Thursday, May 17, 2012

Hukum Menderma Organ

Ada seseorang inginkan pencerahan minda dalam hal ini. Berdasarkan Sepakat Fiqh Islami di Jeddah menyebut :

1) HARUS – Seandainya perpindahan organ tersebut mendapat manfaat berbanding kemudharatan demi menggantikan organ yang hilang, memperbetulkan kecacatan yang ditimpa lantaran terganggu kehidupan sehariannya.

2) HARUS – Memindahkan organ dari seseorang kepada seorang yang lain, dengan syarat orang yang diambil itu boleh tumbuh kembali, seumpama darah dan kulit.

3) HARUS – Mengambil manfaat sebahagian dari organ seseorang kepada seorang yang lain atas sebab kesakitan yang dialami, seumpama menggantikan kornea mata.

4) HARAM – Memindahkan organ seseorang kepada seorang yang lain, yang mengakibatkan kematian kepada penderma tersebut, seumpama menderma jantung.

5) HARAM – Memindahkan organ seseorang insan yang hidup dan akan mengakibatkan kegagalan fungsi kehidupannya, seumpama memindahkan kornea bagi kedua-dua belah matanya.

6) HARUS – Memindahkan organ si mati kepada si hidup, walhal si hidup amat memerlukan organ tersebut, dengan syarat ianya mendapat keizinan dari si mati menerusi wasiatnya.

7) HARAM – Jika proses pemindahan organ tadi melibatkan penjualan organ.

8) Selain daripada apa yang disebutkan tadi, pelbagai isu yang berlaku perlu kepada perbahasan dan perbincangan lanjut.


قرار مجمع الفقه الإسلامي المنعقد في جدة (جمادى الآخر 1408هـ) بشأن انتفاع الإنسان بأعضاء جسم إنسان آخر حياً أو ميتاً
قرر المجلس ما يلي:
أولاً: يجوز نقل العضو من مكان من جسم الإنسان إلى مكان آخر من جسمه، مع مراعاة التأكد من أن النفع المتوقع من هذه العملية أرجح من الضرر المترتب عليها، وبشرط أن يكون ذلك لإيجاد عضو مفقود أو لإعادة شكله أو وضيفته المعهودة له، أو لإصلاح عيب أو إزالة دمامة تسبب للشخص أذىً نفسياً أو عضوياً.
ثانياً: يجوز نقل العضو من جسم إنسان إلى جسم إنسان آخر، إن كان هذا العضو يتجدد تلقائياً، كالدم والجلد، ويراعى في ذلك اشتراط كون الباذل كامل الأهلية، وتحقق الشروط الشرعية المعتبرة. (شروط المجمع الفقهي وردت في
أحد قراراته - ما بين هذين القوسين ليس من صلب القرار)
ثالثاً: تجوز الاستفادة من جزء من العضو الذي استؤصل من الجسم لعلة مرضية لشخص آخر، كأخذ قرنية العين لإنسان ما عند استئصال العين لعلة مرضية.
رابعاً: يحرم نقل عضو تتوقف عليه الحياة كالقلب من إنسان حي إلى إنسان آخر.
خامساً: يحرم نقل عضو من إنسان حي يعطل زواله وظيفة أساسية في حياته وإن لم تتوقف سلامة أصل الحياة عليها؛ كنقل قرنية العينين كلتيهما، أما إن كان النقل يعطل جزءاً من وظيفة أساسية، فهو محل بحث ونظر كما يأتي في الفقرة الثامنة.
سادساً: يجوز نقل عضو من ميت إلى حي تتوقف حياته على ذلك العضو، أو تتوقف سلامة وظيفة أساسية فيه على ذلك؛ بشرط أن يأذن الميت أو ورثته بعد موته، أو بشرط موافقة ولي المسلمين إن كان المتوفى مجهول الهوية أو لا ورثة له.
سابعاً: وينبغي ملاحظة أن الاتفاق على جواز نقل العضو في الحالات التي تم بيانها، مشروط بأن لا يتم ذلك بوساطة بيع العضو. إذ لا يجوز إخضاع الإنسان للبيع بحال ما.
أما بذل المال من المستفيد، ابتغاء الحصول على العضو المطلوب عند الضرورة أو مكافأة وتكريماً؛ فمحل اجتهاد ونظر. (
أصدر المجلس رأيه في هذا الموضوع في قرار له في السنة التالية لصدور هذا القرار - ما بين هذين القوسين ليس من نص القرار)
ثامناً: كل ما عدا الحالات والصور المذكورة، مما يدخل في أصل الموضوع، فهو محل بحث ونظر، ويجب طرحه للدراسة والبحث في دورة قادمة على ضوء المعطيات الطبية والأحكام الشرعية.



(http://www.said.net/tabeeb)

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Berguru

 
Saya dengan rasa rendah diri ingin merakamkan kalungan ucapan "SELAMAT BERHARI GURU" kepada semua taulan dekat dan jauh. Saya doakan tuan agar sentiasa didampingi para malaikat untuk menyuluh laluan mustaqim.

TERIMA KASIH juga saya hulurkan kepada guru-guru saya dan juga rakan-rakan senior, pengalaman mengajar kita segalanya.

TAHNIAH kepada bakal guru yang berhasrat menceburkan diri dalam dunia yang penuh keberkatan Ilahi ini.

Seorang guru perlu berguru untuk keguruan diri.

Merebut Plat WWW

PUTRAJAYA: Nombor pendaftaran kenderaan bermula dengan WWW yang dibuka secara tender menarik minat 18,243 pembida selepas tempoh bidaan ditutup pada jam 12 tengah hari, kelmarin. JPJ Kuala Lumpur membuka bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW mulai 30 April yang dijangka mencecah rekod bidaan tertinggi melebihi RM300.100 yang pernah ditawarkan bagi nombor MCA 1 sebelum ini. (BH, Mei 16, 2012)

Islam terbina atas kehidupan bersederhana dan melarang kita melakukan pembaziran dan bermewah-mewahan secara melalmpau. Terkadang ianya menjangkaui had perbelanjaan yang dituntut dalam beragama.

Perhatikan firman Allah swt dalam ayat-ayat di bawah :

قال تعالى : ( وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ) الأعراف/31 .
وقال تعالى : ( وَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا . إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا ) الإسراء/26 ، 27 .
Juga renungkanlah hadis-hadis Nabi saw dalam hal ini :

 عن أبي برزة الأسلمي رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: ( لا تزول قدما عبد حتى يسأل عن أربع عن عمره فيم أفناه، وعن علمه ما فعل فيه، وعن ماله من أين اكتسبه، وفيم أنفقه، وعن جسمه فيم أبلاه). رواه الترمذي ( 2417 ) وقال: حسن صحيح ، وصححه الشيخ الألباني في " صحيح الترغيب والترهيب " ( 126 ).
Justeru, membida untuk membeli nombor kenderaan, termasuklah juga nombor telefon dengan kos yang terlalu tinggi adalah termasuk dalam kategori pembaziran dan perbelanjaan dalam perkara-perkara yang diharamkan. Kelak, akan dipersoalkan di hadapan mahkamah Rabbul Jalil (bukan Bukit Jalil).

Lebih-lebih lagi, masih ada insan yang menagih simpati demi sesuap nasi untuk anak isteri. Mereka menadah tangan bagi penghulur bantuan yang seikhlas hati. Mereka berjuang di panas mentarai dibasahi hujan demi setitis susu untuk meneruskan ranjau kehidupan. Rumah mereka ditiris hujan, dapur mereka tiada kepulan asap, dan saraan keluarga terbeban amat.

Di samping pembaziran, kumpulan tadi juga ingin menunjuk-nunjuk apa yang mereka mampu miliki. Ini dikategorikan sebagai bersikap ego, takabbur dan berbanga-bangga.

" من لبس ثوب شهرة ألبسه الله يوم القيامة ثوبا مثله – وفي لفظ : " ثوب مذلة " - " زاد بعض الرواة :
" ثم تلهب فيه النار " . رواه أبو داود ( 4029 ) وابن ماجه ( 3607 ) .
قال ابن القيم :
هذا لأنه قصد به الاختيال والفخر ، فعاقبه الله بنقيض ذلك ، فأذله ، كما عاقب من أطال ثيابه خيلاء بأن خسف به الأرض فهو يتجلجل فيها إلى يوم القيامة . " زاد المعاد " ( 1 / 145 ، 146 ) .
وقال شيخ الإسلام ابن تيمية :
وتكره الشهرة من الثياب ، وهو المترفع الخارج عن العادة ، والمتخفض الخارج عن العادة ؛ فإن السلف كانوا يكرهون الشهرتين : المترفع والمتخفض ، وفى الحديث " من لبس ثوب شهرة ألبسه الله ثوب مذلة " ، وخيار الأمور أوساطها . " مجموع الفتاوى " ( 22 / 138 ) .
Senyap je majlis fatwa
atau sudah berfatwa
mungkin saya tidak tahu

kalau sudah ada fatwa
kenapa hal ini berlaku

kerana untung ada masuk
kerana bimbang periuk tidak bernasi

keluarlah fatwa
hukumnya ini dan ini
nombornya 1, 11, 111...
saya hanya bernombor 1969

Tuesday, May 15, 2012

Gambaran BERSIH 3.0

BERGANAS LAWAN BERDAMAI

Islam mengajar umatnya agar menjaga adab tertib walau di aman mereka berada, meskipun dalam peperangan sekalipun. Tidak dibenar sama sekali bertindak ganas, melakukan kesamsengan dan mezalimi sesiapa sahaja. Apatah lagi sekiranya keganasan itu dituju kepada manusia. Amat-amatlah bertentangan dengan ajaran Islam.  

perhimpunan aman sepatutnya dibalas dengan keamanan
bukannya dibalas dengan keganasan
rakyat yang ingin menyuarakan hasrat hati
ditembak gas pemedih mata
disembur air kimia

di manakah lagi harus rakyat mengadu...
membuat aduan di Balai Polis ?
membuat aduan ke Parlimen ?
membuat aduan ke istana ?

MENYELAMI JIWA POLIS

Suasana perhimpunan membarakan semangat para peserta perhimpunan. Gerak langkah sederap, tangan dihayun membuahkan hasrat demi melihat tanah air dibersihkan dari pelmacam kekotoran. Kekotoran yang telah bersarang begitu lama dalam diri UMNO merebak ke sekeliling. Bau busuknya terkena pula kepada anggota keselamatan yang telah dipergunakan dengan selanyak-lanyaknya.

Sekali pandang, kesiannya kepada anggota keselamatan ini, terpaksa berlari-lari ke sana dan ke mari. Ada yang bermotor berbaju gelap mencari maklumat sensasi. Ada juga yang berbaju putih bertopi helmet berdiri-diri menjaga kon merah menghalang kenderaan daripada membanjiri laluan ke Dataran Merdeka.

Terima kasih dan kredit untuk abang-abang polis hasil gabungan setia dari petugas-petugas berbaju kelabu DBKL. Ini kali pertama saya mendapati petugas (berbaju biru gelap + baju putih + baju kelabu) berada dalam satu kelompok yang sama.

RUGI DIKHABARKAN, UNTUNG DISENYAPKAN

TV3 semalam ada melaporkan bahawa ramai daripada peniaga kecil mengalami kerugian lantaran kedai-kedai jualan mereka tidak dapat beroperasi dengan sebaiknya.  Kesan daripada perhimpunan yang berunsurkan keganasan inu juga turut dirasai oleh para pemandu teksi yang menunjukkan peratus penumpang yang menurun berbanding pada hari-hari yang lain.

adakah setiap sen kerugian itu perlu dilaporkan ?
adakah ianya suatu kewajipan yang perlu diheboh-hebohkan ?

memang betul
terdapat barisan kedai di sepanjang laluan itu ditutup
ditutup dan tidak beroperasi pada hari perhimpunan
hanya pada hari perhimpunan

pemilik kedai bolehlah berehat pada hari itu
dan berikan cuti kepada para pekerjanya
kerana sehari dan dua hari sebelum perhimpunan
mereka sudah untung besar

kalau tak percaya
bolehlah merisik-risik pada pemilik hotel
tuan mamak nasi kandar
abang-abang teksi
mohonkan mereka agar bercakap benar
jangan jadi stesen tv ala babgha’ ini

Mencari Kebenaran

 

“Dalam Islam. tidak boleh menjatuhkan kerajaan yang sah walaupun kerajaan diperintah oleh pemimpin Islam yang fasik selagi pemerintah menjaga kebajikan umat Islam”. (Tan Sri Harussani Zakaria, BH, Mei 14, 2012)

Sejarah Islam mengajar kita tata cara membina sebuah negara yang berlandaskan agama. Nabi saw selama hampir 13 tahun menanam benih iman ke dalam diri umat Islam. Lantaran tanah Mekah tidak menizinkan iman berkembang subur, lantas Nabi saw atas arahan Ilahi menuju ke Yathrib (Madinah) dengan hanya membawa satu alasan tiada dua, iaitu untuk menyuburkan benih-benih iman yang telah mula menetas.

Iman menuntut pembuktian. Iman mengajak kita ke arah kedamaian. Iman mengajar kita erti kehidupan. Iman jugalah menjamin kelangsungan hidup kita dunia dan akhirat dengan berpandukan kitab dan sunnah.

Al-Kitab dan al-Sunnah mengacuankan kita dengan sesempurnanya. Cuma kita, terkadang lalai dan alpa atas keegoan yang dimiliki.

Kedua-dua kitab ini sentiasa mengingatkan kita agar menjauhi persengketaan. Perselisihan sukar untuk dielakkan, namun mengikut kehendak perselisihan sehingga membawa kepada persengketaan adalah ditegah sama sekali.

Pelbagai ungkapan yang diluahkan oleh para ulama dan cendikiawan, samada menerusi seminar ataupun forum yang dianjurkan. Sesekali ungkapan itu agak mengharu-birukan pemikiran ummah. Ada ulama membenarkan BERSIH 3.0, bahkan mewajibkannya. Majlis Fatwa Kebangsaan pula melarangnya.

Kebenaran tetap kebenaran, Kebenaran itu adalah satu, tiada duanya. Kebenaran itu muncul untuk melenyapkan kebathilan.

Pas kata mereka tetap akan memperjuangkan Islam. Bagi mereka Islam itu adil untuk semua. Bagi yang tidak setuju pula mempersoalkan keikhlasan Pas dalam memperjuangkan Islam. Ada yang mengatakan bahawa perjuanganya telah menyeleweng daripada matlamat sebenar.

Akirnya, tercadanglah untuk bermuzakarah. Pas terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja. Wakil ulama UMNO pula telah mensyaratkan agar majlis tersebut berteraskan adab dan tata susila yang baik.

Bagi saya, kalau UMNO nak kepada Islam, sudah lama mereka itu membubarkan parti kebangsaan yang mereka daulatkan itu. Ini tidak, pimpinan PERKASA meminta pula Pas menggugurkan perkataan Islam dari partinya.

Ingin saya jelaskan, Islam itu Islam dan Melayu itu Melayu. Seumpama Islam itu Islam dan Arab itu Arab. Melayu tidak semestinya muslim dan muslim tidak semestinya Melayu. Arab tidak semestinya muslim dan muslim tidak semestinya Arab.

]Dek kerna budaya, akhirnya kita katakan bahawa semua orang Melayu itu adalah muslim. Syukur kerana Islam telah menjadi sebatian bangsa kita.

Namun, ada bahayanya jika tidak dihayati sebetulnya, yang akhirnya nanti kita akan menghak-milikkan Islam itu untuk diri keturunan kita beracuankan bangsa kita, lupa padahal pemilik Islam yang sebenarnya ialah Allah swt.

Atas dasar itu, Nabi saw membangunkan Islam bukan berdasarkan bangsa, Islam di peringkat awal telah terbangun dalam pelbagai bangsa dan kabilah. Lihat kepada Salman al-Farisi yang berasal dari Farsi (Iran), begitu juga dengan Ka’ab al-Ahbar yang berketurunan Yahudi dan banyak lagi.

Oleh itu, Islam untuk semua bangsa adalah suatu kebenaran. Mengejar bangsa tidak akan membawa kita ke mana-mana, sebagaimana kita mengejar pangkat.

Dari itu, marilah kita jadikan bangsa kita sebagai landasan untuk kita berdiri di atasnya menuju keindahan Islam yang sejati. Bukan sebaliknya.

Dengan kata lain, bangsa bukannya matlamat perjuangan, ia adalah wasilah untuk mengejar matlamat teragung iaitu kedaulatan Islam.

Anda Dikenali Apabila Marah

Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini.  (mkini, Mei 15, 2012)

Pepatah Arab ada menyebut  (يعرف الذهب عند امتحانه، والرجل في آلامه) yang bermaksud : Mengenali ketulenan emas apabila diuji, manakala untuk mengenali seseorang apabila dia dalam situasi tertekan (sakit atau marah).

Situasi tunjuk ‘punggung’ ini nampak macam kelakar, serius pun ada dan sedikit berbaur seksi.

Bagi budaya orang Melayu, punggung mempunyai impak yang besar dalam kehidupan. Ia adalah lambang kemarahan dan kebencian yang teramat sangat. Bagi penunjuk tersebut, dek kerana tiada keberanian dan tiada pula kejantanan, maka sambil berpaling dan tidak pula berani melawan, maka ditunjuknyalah punggung tersebut sambil berlalu pergi.

Bagi A Samad Said pula, punggung digunakan untuk duduk dan bantah. Apabila sudah berakar punggung itu, maka agak sukar untuk berganjak. Ini sebagai lambang apabila seseorang yang sudah tiada daya dan upaya lagi untuk melawan, maka tindakan akhirnya ialah duduk dan tidak berganjak dari situ. Untuk melawan tidak mampu, untuk melarikan diri, bimbang pula digelar pengecut dan hartanya pula akan dirampas.

Bagi pengamal perubatan Islam pula, punggung adalah salah satu daripada tempat jin bersarang dan membiak selain di hati dan juga di kepala. Orang yang sering terganggu hidupnya angkara jin akan melalui situasi ini. Seumpama sakit kepala yang teramat sangat dalam kala yang berulang. Terasa sebak di dada dan terkadang terasa sayu, pilu dan boleh menangis secara tiba-tiba. Bagi orang perempuan pula, akan terasa kesakitan yang teramat sangat di bahagian perut semacam senggugut dan pula bergerak-gerak. Hakikat sebenarnya jin itu telah bersarang di bahagian perut dan telah menjajah bahagian punggungnya.

Namun berlainan pula dengan kumpulan ini. Mereka begitu berani untuk menunjukkan sesuatu yang sepatutnya disembunyikan.

Moral kepada situasi ini, orang bijak akan bertindak menggunakan aqalnya, manakala yang kurang bijak akan bertindak melalui tingkahlakunya.
 

Friday, May 11, 2012

Menjadi Alat Untuk Diperalat

SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan HARAM untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara. Pengerusinya, Prof. Tan Sri Dr. Abd. Shukor Hussin berkata, majlis memandang serius tindakan sebahagian masyarakat khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti dalam BERSIH 3.0 yang menyebabkan kerosakan, kemudaratan, pergaduhan dan kacau bilau. (BH, Mei 7 2012)

Cantik. Fatwa yang ringkas, padat dan terlalu segera serta mesra rakyat. Sayangnya, fatwa ini tidak disertakan sekali hujjah naqli dan aqli yang berkait rapat dengan situasi semasa. Dalil yang dibawa terlalu umum. Semua boleh akses daripada dalil tersebut. Jangan timbulkan perpecahan dalam kalangan ummah, perlulah menghormati ulul amri dan sebagainya.
Saya bimbang seandainya fatwa yang dikeluarkan ini juga berdasarkan kepada skrip yang telah siap tertaip. Pihak majlis fatwa hanya perlu menggerakkan lidah dan membuka mulut secara berkumat-kumit.

Alhamdulillah, seandainya betul maka mereka memperolehi dua ganjaran. Ganjaran berfikir dan ganjaran kerana betul. Jika salah, mereka memperolehi cuma satu. Namun sebaliknya, jika salah dan mereka tahu itu juga adalah salah, bahkan berkeras secara sengaja untuk menipu kepentingan ummah, maka mereka telah menempah satu tempat duduk di dalam api neraka.

Saya menyokong majlis fatwa seandainya fatwa yang dikeluarkan itu terbangun atas hujah yang jelas dan bersuluh serta tiada menjaga kepentingan individu atau parti. Fatwa yang dikeluarkan itu adalah benar-benar untuk menjaga agama yang paling utama, diikuti nyawa harta dan berikutnya.

Namun, sekiranya majlis ini dijadikan alat untuk diperalatkan, maka sudah pasti fatwa yang dikeluarkannya juga akan tersasar.

Alat ialah sesuatu yang digunakan atau dipergunakan untuk mencapai sesuatu maksud. Digunakan dan dipergunakan adalah dua perkataan yang dasarnya sama, namun membawa maksud yang berbeza.

Dipergunakan atau dalam bahasa Inggerisnya ‘exploit’ adalah menggambarkan seseorang yang mengambil sesuatu itu sebagai alat untuk menjaga kepentingan bagi hanya dirinya sendiri.

Saya contohkan begini. Kita ingin memetik buah kelapa yang berada tinggi di atas pokok. Untuk dipanjat, ianya agak sukar, tambahan pula apabila berumur. Lalu diambilnya galah yang panjang lalu dijolok bagi menjatuhkan buah kelapa tersebut. Maka, galah itu kita namakan sebagai alat yang telah digunakan bagi mencapai matlamat dirinya untuk memetik buah kelapa tadi.

Namun, sekiranya galah yang digunakan tadi dibiarkan begitu sahaja, terdedah dek panas dan hujan, musim panas ia kering, musim sejuk ia basah, musim berkulat ia berkulat, musim mereput maka reputlah ia. Apabila diperlukan, maka tercari-carilah akan galah tersebut.

Dalam situasi ini, galah tadi telah dipergunakan untuk menjaga kepentingan pengguna galah tersebut, walhal tiada langsung rasa kesian belas terhadap apa yang terjadi kepada galah itu.

Rentetan itu, berfatwa hendaklah mempunyai koleksi maklumat yang lengkap. Maklumat al-Din dan juga maklumat semasa. Barang diingat, berfatwa adalah juga sama dengan mengeluarkan sesuatu hukuman ke atas seseorang yang perlu dibuktikan dengan bayyinah.

Berfatwa di alam maya dan berkotak bagaikan kanak-kanak bergamekan kereta. Memandu membabi buta, terbabas dan dibabaskan. Cuma, yang tercedera ialah kereta. Pemandu tiada apa-apa kesan fizikal. Hanya yang terkesan ialah kekeringan wang saku. Itu sahaja.

Lantaran itu, berfatwa bukannya menggunakan kaedah ‘try and error’. Sebaliknya ‘True and Trust’.

Selamat berfatwa fatwi