Ramai orang inginkan kuasa untuk jadi berkuasa. Bila berkuasa, dia berpeluang untuk melakukan apa sahaja. Mereka ini terlalu sayangkan kuasa yang ada. Terkadang melebihi dari yang lain. Apa tidaknya, kuasa itu pelaris untuk segala-galanya. Dari itu, mereka teramat bimbang akan kehilangannya. Berhempas-pulaslah mereka demi mempertahankan kuasa yang dimiliki. Tanpa disedari, orang lain telah melihatnya sebagai gila kuasa.
Orang yang sudah gila, janganlah diharapkan dirinya akan mengaku gila. Orang gila bermati-matian mengatakan orang lain itu gila. Apabila seseorang itu telah ‘bergila’ (berkelakuan gila), dia turut mengajak orang lain supaya ‘menggila’ (menjadi-jadi gila) seperti dirinya, dan dia akan bertambah seronok jika orang lain itu lebih gila darinya.
Tuan-tuan, saya memohon maaf atas kekerapan perkataan ‘gila’ yang ditintakan.
Oleh itu, sebelum kita ‘gila kuasa’, renung-renungkanlah ayat-ayat Allah swt yang memperihalkan di dalam al-Quran akan nasib gerombolon ini.
Antaranya, kisah Firaun apabila dia mengatakan dialah pemilik sebenar bumi Mesir dengan mengambil bukti sungai Nil mengalir di bawah tapak kakinya. Jauh dari itu, dia dengan keangkuhannya telah mendaulatkan dirinya sebagai tuhan yang maha agung.
Kita bertanya, kenapakah Firaun tersasar begitu jauh sehingga sanggup pula menjadikan dirinya sebagai tuhan ? Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana kuasa yang beliau miliki.
(Gambar atas : Mumia Maha Firaun)
(Gambar atas : Mumia Maha Firaun)
No comments:
Post a Comment