Sebahagian kita berpuas hati, manakala yang lain mencuka dalam kebengangan. Begitulah lumrah dunia, siapa yang menang akan bergembira, yang tewas pula akan berkelana.
Namun, pada hakikatnya hanya Allah swt dan mereka yang terbabit sahaja yang tahu akan duduk bangun hal sebenarnya.
DS Anwar sekeluarga sudah pasti menerima keputusan semalam dengan hati yang penuh syukur. Setelah diaibkan begitu rupa, dipandang serong rakan dan taulan, dicerca nista kawan dan lawan, akhirnya keputusan memihak kepada DS Anwar. Beliau dibebaskan dari pertuduhan yang maha jijik.
Iya...memang jijik. Tuan badan sahaja yang tahu betapa beratnya tanggungan pertuduhan yang dilemparkan. Justeru, Islam menyeru umatnya agar berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang pertuduhan. Jika tidak, akibat pertuduhan itu akan dikena balas kepada si penuduh.
Inilah cara yang Islam ajar kepada kita supaya setiap daripada kita tidak boleh dengan apa cara sekalipun sesuka hati membuat pertuduhan demikian.
Saudara Saiful bolehlah menuntut keadilan itu di mahsyar nanti (seperti yang disebut dalam akaun Twitter miliknya). Mujurlah ini mahkamah dunia. Jika mengikut mahkamah Islam, sudah pasti saudara Saiful akan dihududkan lantaran menuduh tanpa mendatangkan saksi yang boleh mensabitkan kesalahan tersebut.
Tuan-tuan bolehlah merujuk peristiwa yang berlaku pada zaman saidina Umar ra apabila beliau telah didatangi 4 orang sahabat yang memberitakan perzinaan Mughiran bin Syu'bah (seorang sahabat agung). Sedangkan salah seorang daripada mereka (Ziyad) hanya menyatakan beliau ternampak kaki perempuan berada di atas leher Mughirah, itu sahaja yang beliau saksikan. Akhirnya saidina Umar ra membebaskan orang yang dituduh dan menghududkan si penuduh.
Semacam Datuk Dr Hasan Ali (seperti yang saya sebutkan semalam), saudara Saiful juga mempunyai dua pilihan :
(1) Sabar atas keputusan mahkamah. Terima dengan hati yang terbuka, dan yang paling penting sekali saudara mesti bertaubat dengan sebenar-benarnya sementara masa masih ada. Taubatan tadi tidaklah perlu dikecoh-kecohkan dalam media. Seperti yang saya sebut di awal tadi, dan saya yakin lagi percaya, saudara lebih mengetahui jatuh bangun akan hal yang sebenarnya. Janganlah diri saudara memjadi bahan ujian dan jambatan buruk oleh sesetengan pihak. Saudara ada iman, saudara ada pegangan agama, saudara masih ada masa. Maka itu, bertaubatlah adalah jalan penyelesaian terbaik. Jangan pedulikan lagi apa yang diceritakan orang, atau,
(2) Buatlah rayuan. Tuntutlah keadilan. Tetapi ingat, saudara mesti yakin bahawa saudara memang berada di pihak yang benar. Jika saudara hanya mereka-rekakan cerita, maka usah diulang kesalahan yang sama buat kali kedua. Nanti dikata orang saudara sudah tidak siuman.
Salam perjuang demi keadilan sejagat.
No comments:
Post a Comment