Rebutlah Raudhah
Kalau di Mekah, ramai yang mengejar untuk mengucup Hajarul al-Aswad meskipun tiada nas yang khusus menceritakan kelebihan kucupan itu. Memang benar Rasulullah ada mengucupnya bersandarkan apa yang telah diberitakan oleh Saidina Umar ra kepada kita.
Namun sebaliknya di Raudhah, di Masjid Al-Nabawi, berpusu-pusu umat Islam mencari ruang untuk bersolat dan berdoa di dalamnya berdasarkan sandaran Nabi saw yang menegaskan bahawa doa akan dimaqbulkan di sini.
Seawal jam 2 pagi, masih berasak-asak dengan umat manusia yang setia menanti giliran untuk bersolat dan bermunajat. Selepas solat Subuh pula janganlah diduga, berkali-kali ganda lagi orang ramai menuju ke arah Raudhah tersebut.
Pendek kata, tiada selang masa yang renggang untuk dilihat Raudhah kekurangan dari dipenuhi oleh umat Islam.
Meskipun begitu, seandainya kita memiliki niat yang baik, memohon kepada Allah swt dengan seikhlas mungkin, insya Allah akan diizinkan Allah ruang untuk kita bersolat dan masa untuk kita bermunajat.
Dari itu, dekatkanlah diri kita kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment