Semalam saya berkesempatan menyampaikan satu tajuk ceramah berkaitan membudayakan al-Quran di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang terletak di Kuala Sungai Baru. Ceramah yang disampaikan itu sempena pendaftaran pelajar baharu sesi Jun 2012.
Antara intipati ceramah itu, saya berkongsi dengan audience tentang kemu’jizatan al-Quran bagi menunjukkan betapa perlunya si pembaca al-Quran memahami ayat-ayat yang dibaca.
Ayat pertama yang diturunkan ialah berkisar tentang ‘bacalah’. Jangan sekali-kali kita sempitkan pengertian ‘bacalah’ tersebut. Perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Ia juga membawa maksud, ‘fahamlah’, ‘fikirlah’, ‘kajilah’, ‘analisislah’ dan sebagainya, yang kesemuanya mengajak kita mentadabbur ayat-ayat Allah agar tercapai matlamat turunnya ayat-ayat tersebut.
كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدبروا آياته وليتذكر أولو الأباب (ص29)
Ayat yang kedua turun pula memperihalkan tentang orang yang sedang berselimut, bangunlah dan berikan peringatan. Sampaikan peringatan, tidak cukup dengan hanya menyampaikan ilmu semata-mata.
Sudah pasti, setiap orang yang ingin memberikan sesuatu, amat perlu dia terlebih dahulu memahami hal tersebut. Mana mungkin, dia mengajak orang kepada sesuatu perkara, padahal dia sendiripun tidak jelas jatuh bangun perkara tersebut.
Saya berikan beberapa contoh ayat-ayat suci yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk menguasai ayat-ayat tersebut. Antaranya :
..وأنزلنا الحديد فيه بأس شديد ومنافع للناس.. (الحديد : 25)
Perkataan ‘Kami turunkan’, bermaksud ‘Kami ciptakan’ menurut tafsiran Ibn Kathir. Bermakna, sekiranya kumpulan yang menentang agama masih berdegil atas keterangan dan huraian agama yang jelas, maka ambillah tindakan ke atas mereka dengan menggunakan ‘besi’ iaitu pedang.
Namun jika dilihat dari sudut sejarah terciptanya langit dan bumi, ternyata besi adalah turun dari langit. Meskipun besi terhimpun di perut bumi, namun pada dasarnya besi itu berasal dari meteorit yang berjatuhan pada saat awal terbentuknya planet bumi.
Jika disusuri masa turunnya ayat ini, ia diturunkan ketika berhampiran dengan peperangan Uhud yang menuntut umat Islam menafkahkan harta mereka fi sabilillah.
Menurut Malik bin Nabi, ayat ini bagaikan kilauan emas bagi mereka yang beraqal.
Masakan tidak, kerana ayat-ayat seumpama ini akan dapat diperhalusi oleh para ulama’ fizik yang memperihalkan darjah kepanasan Matahari bagi membentuk besi. Matahari banyak membekalkan gas-gas (antaranya gas Helium) yang memberikan tindakbalas kepada perut bumi ke arah terbentuknya besi.
Ayat yang begitu pendek, sekadar dua patah perkataan, namun penghuraiannya memerlukan pengkajian dan penyelidikan tidak kurang daripada 50 tahun. Lantaran percambahan idea tentang pembentukan besi ini banyak diperkatakan semenjak tahun 1950-an.

No comments:
Post a Comment