Perkara yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang Melayu pula diyakini oleh mereka ialah berhantu.
Dalam kalangan mereka ada yang mempercayai bahawa sesuatu tempat itu ada penunggu yang perlu dipohon keizinan untuk melangsaikan sesuatu hajat keperluan. Jika tidak, penunggu itu akan merasuk dan menjadikan mereka berhantu.
Justeru, kerana lemahnya anak cucu, dan hebat serta berkuasanya hantu, maka akhirnya hantu tadi dipuja-puji dan dituruti segala kemahuan. Meskipun, hanya segelintir bahkan sekelumit cuma yang terserempak dengan hantu ataupun itu hanya khayalan dek ketakutan melampau yang mereka alami.
Selagi mana perasaan membesarkan hantu dan memperagungkannya masih bersarang dalam diri seseorang itu, maka selagi itulah perasaan bertuhan akan terhakis. Tidak mustahil terus lenyap dari diri orang tersebut.
Saya sengaja bawa isu ini agar kita sedar yang berhakikat dan benar adalah perasaan bertuhan bukannya berhantu.
Namun, sekali lagi orang kita menyelewengkan istilah bertuhan ini kepada yang lain, bukannya hanya sanya kepada Allah swt. sahaja.
Dek hebatnya harta, maka merekapun bertuhankan harta
dek ‘keramatnya’ sesuatu tempat, maka merekapun memuja tempat itu
dek kebesaran seseorang, maka merekapun bertuhankan orang tersebut
dek kerana sayangnya kepada kereta, lantas merekapun bertuhankan kereta itu.
dek ‘keramatnya’ sesuatu tempat, maka merekapun memuja tempat itu
dek kebesaran seseorang, maka merekapun bertuhankan orang tersebut
dek kerana sayangnya kepada kereta, lantas merekapun bertuhankan kereta itu.
Justeru itu, fahaman Hindunisme yang telah berakar umbi ini perlu dibenteraskan sehabis-habisnya. Jangan biarkan ia tumbuh subur menjalar dalam kehidupan kita.
Pantang melihat busut besar, lalu dipuja
pantang melihat pokok yang rendang, lalu dituhankan pokok itu
pantang melihat apa sahaja yang lebih
baik berupa tumbuhan
atau binatang
atau orang
lalu dipuja dan disembah.
pantang melihat pokok yang rendang, lalu dituhankan pokok itu
pantang melihat apa sahaja yang lebih
baik berupa tumbuhan
atau binatang
atau orang
lalu dipuja dan disembah.
Marilah kita sucikan aqidah kita daripada berhantukan sesuatu kepada bertuhankan hanya sanya Allah Yang Maha Kuasa.
No comments:
Post a Comment