Saturday, June 16, 2012

Kerana Panda Kita Pandir


PUTRAJAYA: Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) semalam, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meminjam dua ekor beruang panda dari republik itu selama 10 tahun. (BH, 16 Jun 2012)

Menurut blogger AnakSgDerhaka, kos yang akan dibelanjakan untuk dua ekor panda tersebut mencecah RM20 Juta.

Kalau benarlah apa yang disebut, maka sudah pastilah pemimpin kita sering dipandirkan. Manakan tidak, kos penjagaan dua ekor binatang yang terpupus itu menelan belanja sehingga RM20 juta yang pula terpaksa ditanggung oleh rakyat yang kais pagi, kadang dapat makan, terkadang pula kebuluran.

Saya sebagai rakyat biasa terasa pelik dan hairan sangat, apalah sangat yang ada pada dua ekor binatang itu ? Adakah dua ekor binatang itu mampu menjana keuntungan yang melonjak kepada RM40 juta ? Atau adakah dua ekor panda itu berupa dua ekor angsa emas yang bisa menelurkan ketulan emas pada setiap awal pagi ?

Kita sering dimomokkan dengan keuntungan itu dan ini. Namun apabila berdepan dengan kerugian dan pembaziran, ditutup kemas kemin, tiada seorangpun yang tahu.

Pemborosan yang melampau, pembaziran yang terlalu ketara serta penggunaan wang titik peluh rakyat sewenang-wenangnya. Dengan hanya kunjungan singkatpun boleh menelan kos sehingga RM3 juta (mikini).

Wahai penguasa sekalian!
Sedarkah tuan, suatu hari nanti kita akan dipersoalkan ?
sedarkah tuan, suatu ketika nanti kita akan dibangkitkan ?
sedarkah tuan, suatu masa nanti kita akan bertemu Tuhan ?
sedarkah tuan, kepada Allah kita akan dikembalikan ?

atau mungkin
tuan sudah berada dalam dunia tuan yang punya
tuan memiliki udara dan daratan tuan yang punya
tuan menyangka tuan penguasa kepada segala yang ada

cukuplah
dan cukuplah melakukan segala
dunia tidak berakhir di noktah yang ada
dunia punya akhirat tempat bicara

kelak di sana
terserlah segala
samada kami di pihak benar
atau tuan di pihak salah

ataupun juga tuan di pihak salah
kami pula di pihak benar
kita antara dua
samada satu maupun dua

No comments:

Post a Comment