Wednesday, June 20, 2012

Akhirnya Lynas Benar ?


Sejurus selepas membentangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas, pengerusinya yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau sanggup tinggal bersebelahan loji tersebut.
(mkini, 19 Jun 2012)
Hari ini pula, Pakar Nuklear dari Pakatan rakyat. Dr Che Rosli Che Mat, menjelaskan bahawa tahap radiasi bagi projek tersebut tidak berbahaya kepada orang ramai. (Sinar, 20 Jun 2012)

Saya tidak mahu komen tentang tahap radiasi, kuasa nuklear dan sebagainya, kerana itu bukanlah bidang saya. kalau saya mencuba juga, bermakna saya species burung kakak tua ataupun sejenis dengan ‘himar’ yang hanya menyaratkan belakang dengan pelbagai informasi ilmiah, sebaliknya sepatah harampun tidak mengetahuinya.

Cuma saya ingin mengupas tentang sikap orang Melayu kita yang bersendikan agama dan beradab tata tertib keilmuan.

Jika benar ianya selamat, dan pelaburan juga akan bertambah, serta mampu mencelikkan mata dunia terhadap negara kita tercinta ini, silakan dan teruskan. Saya sebagai rakyat akan menyokong lantaran kebaikan yang akan dijanakan.

Namun seandainya
informasi yang benar disembunyikan
fakta pula diselewengkan
istilah negatif diputar-belitkan
kesan buruk darinya diwangikan
maka tunggulah hukum Allah yang akan mendatang.

Allah swt amat murka terhadap sebahagian kelompok Bani Israel yang menjadikan diri mereka sebagai orang yang pertama mengingkari kerasulan Nabi saw, padahal ianya telah diperincikan di dalam kitab suci mereka.

Allah swt juga menegur mereka agar jangan sekali-kali menyembunyikan kebenaran lantaran keengganan mereka menuruti kenabian yang baharu selepas nabi Musa as.

Dua amaran ini telah dilanggar, akhirnya mampu memusnahkan masa depan keturunan sebahagian Bani Israel yang seketika dahulu diangkat sebagai kelompok yang terbaik.


ولا تلبسوا الحق بالباطل وتكتموا الحق وأنتم تعالمون. البقرة : 42

No comments:

Post a Comment