Di Tanah Suci segala-galanya senang termaqbul. Apa sahaja yang dihasratkan, insya Allah akan ditunaikan Allah swt dengan secepat dan sebaiknya.
Sebaik sahaja saya selesai menunaikan umrah, saya bersandar seketika di sebalik tiang masjid sambil menikmati secawan air zamzam. Tanpa terduga, rakan lagi sahabat karib saya, ust Izani melintas di hadapan saya. Persuaan yang amat menerujakan.
Banyak cerita dan pengalaman yang dapat kami kongsikan. Ada yang mendatar, ada juga yang agak mencabar iman dan minda. Apa pun, inilah tempat yang paling sesuai untuk berdoa dan bermunajat ke hadhrat Yang Maha Kuasa, Maha Pengatur segala-galanya, di tangan-Nya terhimpun segala kebaikan.
Perbincangan kami melarat ke meja makan di luar Masjid al-Haram di Buruj Zamzam, kemudian tersambung lagi sehingga menghampiri solat Maghrib di bilik hotel tempat yang mana saya dan ust Dr. Kamaruzzaman menginap.
Perkara yang menariknya, ust Izani telah mempelawa saya untuk menziarahi keturunan Rasululullah saw yang tinggal lebih kurang 3 km dari tempat kami menginap. Begitu berminat sekali saya terhadap pelawaan itu.
Tetapi sayangnya, berkemungkinan juga tiada rezeki saya, maka saya kecundang untuk turut serta dalam menunaikan pelawaan tersebut. Sedih rasanya.
Dalam jam 10 mlm lebih kurang, ust Izani menelefon saya, katanya beliau ingin ke bilik hotel yang saya diami. Saya menanti. Dalam beberapa minit sahaja, beliau terpacul di muka pintu.
Kesedihan saya terubat apabila beliau telah membawa kepada saya sebuah kitab yang diterima ijazahkan oleh sheikh tersebut. Apabila saya selak muka suratnya, saya dapati buku inilah yang sepatutnya saya juga menerima ijazah daripada penulisnya yang juga keturunan Rasulullah saw tersebut.
Buku itu banyak memberitakan doa-doa dan amalan para solihin untuk diamalkan, khususnya bagi saya yang juga selaku pengamal perubatan Islam. Walau apapun, saya mohon keizinan dari ust Izani membenarkan saya memetik kandungannya untuk diamalkan.

No comments:
Post a Comment