Tuesday, October 9, 2012

Surat Pembaca

Sedara pernah ke bersukan secara intensif ketika berpuasa? Mungkin bkn semua umat Islam ade rezeki atau kekuatan rohani spt saudara. Bahkan, saya yakin saudara boleh sgt memberi tentangan yg lebih hebat di Olympic jika saudara bertanding sambil berpuasa. Siapa lah kita nak mengadili sesama manusia. Hanya Allah Maha Mengadili. Jihad bole ditafsir dgn pelbagai cara. Renungkanlah...
on Puasa Olimpik Gaya Badar
on 7/30/12


Ulasan saya :

Terima kasih di atas komen dan ulasan  yang tuan ajukan.

Pertama sekali ingin saya nyatakan bahawa seeloknya gunalah bahasa Melayu yang betul semampu yang tuan miliki. Tiada gunanya kita berbangga dengan aku anak Melayu seandainya bahasa Melayu kita berada pada laluan pejalan kaki. Contoh penggunaan (sedara, ade) boleh diubah dengan ejaan yang betul. Ini bukan bermakna saya memiliki bahasa Melayu yang baik, tidak sekali-kali, tetapi sekurang-kurangnya saya mencuba.

Kedua, berkaitan rezeki memiliki kerohanian yang tinggi. Bersyukur kehadrat Tuhan atas anugerah ini. Semua kita sebagai orang Islam rindukan situasi ini. Memiliki keimanan yang kuat kerana nilai kita berdasarkan iman yang kita ada. Usahlah pertaruhkan harta, wang ringgit dan pangkat di hadapan Rabbul Jalil tanpa disertakan bersama keimanan yang kental.

Namun, maksud tersirat di sebalik pujian itu, saya andaikan sebagai sebuah ungkapan sinis dan sindiran halus, lalu mencuit saya agar menyertai sukan tersebut.

Saya sangat menginginkan agar tuan mempamerkan hujah dan dalil yang membenarkan seseorang itu berbuka puasa dalam situasi dia bersukan. Memang benar, seorang buruh kasar dibenarkan berbuka lantaran untuk menyara seisi keluarga daripada kelaparan. Pertembungan antara ibadah dan nyawa, maka dibenarkan menurut kaedah usul fiqh.

Pada hakikatnya, tulisan saya itu sebagai memberi pandangan kepada yang mengaitkan sukan Olimpik itu dengan jihad. Sayapun akui bahawa jihad kita dalam pelbagai bentuk. Dari itu, harapan saya agar tuan dapat meng'copy'kan salinan fatwa yang mengatakan sukan Olimpik itu adalah suatu jihad yang wajib kita ceburi dan haram jika kita ingkari.

Dan ketiga yang terakhir, berkaitan mengadili sesama manusia. Fahaman saya berdasarkan ayat itu, bermakna kita tidak dibenarkan dan tiadalah pula tepat jika kita menghukum seseorang kerana kita tidak mampu menyelami isi sanubarinya. Hanya Allah swt sahaja Yang Maha Mengetahui.

Saya setuju. Namun perlu berhati-hati dengan fahaman ini kerana ia telah menyesatkan betapa ramai para artis dan pelakon yang terlibat. Apabila ada suara menegur tentang perilaku yang tidak menutup aurat di khalayak ramai, lantas artis yang terlibat itupun berkata, "hati kami baik, janganlah tengok luarannya sahaja".

Jika di hati berbenihkan mangga, maka sudah pasti di tangan, kaki dan luaran fizikalnya juga berbuah mangga. Mana mungkin, seorang petani menanam padi, tetapi berbuahkan gandum. Mustahil sama sekali.

Dari itu, kita mampu menilai luaran seseorang untuk menunjukkan peri lakunya. Saya yakin, tiada seorangpun berani pertaruhkan solatnya untuk berimamkan seorang lelaki berseluar pendek, berambut ala punk dan bertindik telinganya.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment